Wednesday, April 24, 2013

Lompat Tikam.

Assalamualaikum dan selamat petang.


Lompat si katak lompat'
Lompat atas talam.
Cepatlah  emak cepat,
Cepat masak lompat tikam.

Hehe ceria-ceria di waktu petang :).Satu lagi menu kuih tradisi orang pantai timur.Jangan tanya kenapa nama kuih ini sangat ganas kerana Cm tak tahu.Cara buat kuih ni tak ada ganas mana nya.Cukup untuk keluarkan peluh semasa mengacau bahagian kuih yang hijau tu :).Sungguh kreatif orang dulu-dulu memberi nama kuih muih mereka.Tetapi inilah kuih yang paling ganas hehe..Melompat dan menikam ...

Nama lain bagi panggilan kuih bagi orang Kelantan adalah Tepung.Jika ada orang cakap yang dia terasa nak makan Tepung,jangan ketawa ya.Maksudnya nak makan kuih bukannya makan tepung gandum.hikhik...
Kuih yang berwarna hijau.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung beras.
3 1/2 cawan air daun pandan.
Secubit kapur.
2 tbsp tepung jagung.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas dan tapis.
  • Tuangkan kedalam periuk atau kuali.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga berkilat dan keluar wap.
  • Sentiasa mengacaunya agar tidak hangus.
  • Bila sudah masak tuangkan kedalam bekas yang sesuai dan tunggu sehingga sejuk baru dipotong.
Kuah santan (kepala santan)

Bahan-bahannya:

1/2 cawan santan pekat.
1 cawan air.
2 tbsp tepung beras.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas dalam periuk dana masak sehingga mendidih.


Sirap Gula Melaka.

1/2 cawan gula merah atau gula Melaka di masak dengan 1 cawan air serta sehelai daun pandan.masak biar agak -agak pekat.Sejukkan.

Pulut 

Bahan-bahannya:

1 cawab beras pulut .
5 cawan air.
Sedikit pewarna makanan warna merah.

Cara-caranya:

  • Cuci beras pulut hingga bersih.
  • Masukkan ke dalam periuk (Guna periuk nonstick)  dan di masak sehingga mendidih.
  • Kemudian buangkan airnya.
  • Letakkan sedikit pewarna dan kacau hingga rata.
  • Kecilkan api dan tanak pulut sehingga masak.
Cm pernah masak Lompat Tikam dengan menggunakan pulut yang di kukus dan bersantan.Sila ke SINI






"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .

9 comments:

  1. Aslmkum CM
    Kuih lompat tikam antara kuih favorit....sedappp..
    tengok entry dibawah...semua special..dg nasi tumpe..nasi kerabu...makanan femes di Kelate...sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  2. sedappnya kak...
    lama mas tak makan lompat tikam..

    ReplyDelete
  3. stail jugak pulut pink kaler..memang kaler gitu ke yg ori kelantan dish..tapi nampak menyelerakan dengan gula dia..mesti sedap

    ReplyDelete
  4. Woweee...! mabeles...mabeles...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum CM, lamanya x datang ke dapur CM nih...waaah lompat tikam style Kelantan ni kita suka, tp x penah buat pulutnyaaaa...wat kuih lompat tikam tu jerk... berseri je pulut tuh.. ^__^

    ReplyDelete
  6. Cm...kita pun tgh melompat2 sambil menikam2 jygak entry ari ni. ..geee terserashi bershama lak. Tp saya x buatpun pulut pink tu....

    ReplyDelete
  7. salam.wow bestnye..menarik resepi.boleh cuba ni.suami sy ore kelate tp makanan klate pon die kurang tahu.terpaksa cari sendri resepi.tq kak.
    ade masa visit ar my page http://vitaminsite.blogspot.com/ or my fanpage: https://www.facebook.com/breastfeedingworld tq.

    ReplyDelete
  8. assalam CM
    menarik kan kuih Kelantan ni, nampak sedapp
    gabungan warna yg cantik
    nak cubalah he hee

    ReplyDelete
  9. Olala...I am salivating. Boy...I was planning to make this on the coming weekend...sempena menunggu voting result. Getting really excited ! hehe....
    Enjoy your day, CM.
    Kristy

    ReplyDelete