Wednesday, January 23, 2013

Asam Pedas Ikan Merah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selalunya jika masak asam pedas Cm akan gunakan ikan pari sebab suami dan anak bongsu Cm tak suka ikan yang banyak tulang tapi kali ini Cm beli ikan merah...kena makan dengan berhati-hati kerana boleh tahan jugak tulangnya.


Bahan-bahannya:

4 keping ikan merah.
1 batang serai.-ketuk
6 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.
1 inci lengkuas.
8 tangkai cili kering.
1 keping asam gelugur.
Daun kesom secukupnya.
1 biji timun.
Sedikit belacan.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula melaka.
Sedikit minyak untuk menumis.
Air secukupnya.

Cara-caranya:


  • Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,halia,kunyit ,lengkuas dan belacan hingga halus.
  • Timun dibelah 6 dan di kerat kerat pendek.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baunya.
  • Masukkan lebih kurang  tiga  cawan air dan biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan,garam,gula melaka,serai,asam keping dan daun kesom.
  • Biarkan kuahnya mendidih sekejap baru di masukkan potongan timun.
  • Seimbangkan rasa masin,manis dan masam kuahnya..

Asam pedas ikan merah ni sedap dimakan jika disimpan semalam tetapi pastikan di panaskan terlebih dahulu sebelum di simpan dan esoknya dihangatkan sebelum makan.

9 comments:

  1. Lauk evergreen...digemari ramai, dari dulu, kini dan selamanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya amie..dulu kini dan selamanya tetap jadi pilihan hehe.

      Delete
  2. Asslmkm CM.
    Paberet ni..Klu sue makan lauk ja pun ok dah...(^_^)

    ReplyDelete
  3. sedap ni..i suka ikan merah...masaklah apa pun, tetap suka tapi kalau masak asam pedas lagi i suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cm pun suka ikan merah..asam pedas,goreng dan kari.Sedap.

      Delete
  4. Salam cm...anak2 saya suka makan asam pedas terutamanya asam pedas daging tetel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging tetel ?memang sedap Zai.Masak kuahnya agak pekat..lagi sedap.

      Delete
  5. sy dok melaka pun pantang dengau mana2 restoran asam pds best..trus terjah... asam pds mmg best :)

    ReplyDelete