Saturday, December 8, 2012

Kuih Tiram.

Resipi Asal dari Ha Sue.
Shamen my resipi.com

Bahan-bahannya.

500 gm tepung gandum.
1 biji telur.
Sedikit garam.
2 tbsp marjerin.
160 ml air.

3 tbsp tepung gandum.*
3 tbsp minyak masak.*

Cara-caranya:


  • Satukan bahan-bahan yang bertanda *.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
  • Satukan tepung,garam,telur ,marjerin dan air .Uli hingga menjadi doh yang seakan-akan doh untuk buat karipap.
  • Perap sekejap dalam plastik bag.
  • Untuk memudahkan kerja bahagikan dok kepada beberapa bahagian.
  • Canai  nipis .Potong agar terbentuk empat segi bujur.
  • Sapukan permukaan dengan sedikit paste * tadi.
  • Gulung kemas-kemas.Potong mengikut saiz yang dikehendaki.Kemudian canai nipis dan goreng hingga ranggup.
  • Akhir sekali taburkan dengan sedikit gula halus.
Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu :)

4 comments:

  1. Owhhhh...d sabah ni d gelar kuih lidah...sbb mcm lidah kn..my mum besa bt utk mkn2 n jual org tempah..cara bt ada lsin ckit...sblm gulung...ltk 'inti' atas prmukaan doh yg d canai. ..inti tu....tpg kanji d gaul dgn minyak...kmudian tanak atas api kacau2 smpi agak2 da kuning...bole jgk just tabur tepung kanji or tpg jagung sblm d gulung...

    ReplyDelete
  2. Salam kak CM.. rajinnya buat kuih tiram sendiri. tun suka mkn, tp biasanya beli je. hihi

    ReplyDelete
  3. Best ni sambil duduk di luar petang makan.
    Nak cari resepi petola yang senang masak dan cepat dua-beradik yang susah makan tu nak cepat makan. Petola sahaja yang dapat dipetik kat kebun semak samun sekarang tu untuk masak for them. Neneknya dah pesan duduk kat Sabah kalau sayur bukan organik diorang tau rasa tak mau makan. Yang organik mahal je tak fussy makan. Salah mamanya manjakan tanam sendiri dulu...hehehe... browsing resepi petola CM.

    ReplyDelete
  4. Nostalgia..Ini kuih raya yang pertama saya buat sendiri semasa umur 15 tahun..belajar dari Kakak sepupu yg berumur 16 tahun...

    ReplyDelete