Thursday, December 13, 2012

Ayam Percik Ala Cik Manggis :)


Assalamualaikum.Semalam semasa mengemas kebun kat keliling rumah ni ,Cm tebas satu rumpun pokok serai yang dah jadi tempat nyamuk menyorok.Kebetulan dalam peti sejuk masih ada lagi 3 ketul dada ayam.Jadi Cm masak ayam percik versi Cikmanggis :)...

Bahan-bahannya:

3 keping dada ayam-ambil isinya sahaja dan cincang .
2 ulas bawang putih.
4 ulas bawang merah.
1 inci halia.
1/2 tsp serbuk kunyit.
1 tbsp kelapa parut.
1 batang serai.
4 tangkai cili kering.
1/2 tsp biji lada hitam.
Garam secukup rasa.
Sedikit sos perisa ayam.
10 batang serai.(untuk pemegang)

Sos/Kuah.

1/2 cawan santan pekat.
1/2 cawan air.
1 tbsp tepung jagung.
5 biji cili kering.
1 inci halia.
1 batang serai -ketuk.
1/2 tsp serbuk kunyit.
5 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.

Cara-caranya:

Ayam:


  • Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia,lada hitam,cili kering, 1 batang serai dan kelapa parut hingga hancur.
  • Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk dan gaul bersama bahan-bahan tumbuk dan serbuk kunyit sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan garam,gula dan sos perisa ayam.Gaul lagi sehingga mesra.
  • Ambil sebatang serai dan kepalkan isi ayam pada hujung serai.Kemaskan agar ayam melekat elok .
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Bagi mengelakkan ayam melekat pada besi pemanggang semasa memanggang nanti hendaklan panaskan ayam dengan sedikit minyak terlebih dahulu.
  •  .Guna kuali non stick.Panaskan agak-agak permukaan isi ayam  keras.
  • Kemudian bolehlah memasak dengan menggunakan pemanggang  hingga isi ayam masak.

Panaskan sekejap dengan sedikit minyak jagung  sebelum memanggang.

Panggang hingga masak.Jika daging ayam nampak terlalu kering bolehlah sapu sedikit dengan minyak jagung.Sepatutnya disapu dengan kuah percik tetapi Cm takut pulak asap masuk kerumah sebelah hehe 

Kuah/Sos.

Cara-caranya:

  • Kisar cili kering,halia,bawang merah dan bawang putih dengan 1/2 cawan air sehingga halus.
  • Tuangkan kedalam periuk bersama-sama 1/2 cawan air,gula,garam dan serai.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali ,bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air.masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam kuah untuk memekatkannya.
  • Jika nampak kuah terlalu pekat bolehlah tambahkan sedikit air.
  • Seimbangkan rasa masin dan manisnya
  • Untuk menghidangnya bolehlah di siram kuah keatas isi ayam tadi atau tepulang pada kreativiti masing masing ya :)
Selamat menjamu selera dan selamat mencuba resipi ini.Insyallah anak-anak kecil  pasti suka dan mungkin terkeliru hehe mereka ingat kan paha ayam :)

5 comments:

  1. menarik ayam percik ni kak cm... versi moden ni ye... kalau dpt yg ni ratah gitu je ni mesti sedap.. blk kg ritu ma ambikkan serai utk bwk blk pj.. byk juga.. jimat2 guna utk masak.. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak bongsu akak ni hanya mkn ayam je
      Ikan .daging semua tk mkn.Jadi pening dok mereka menu ayam hehe

      Aksk ada 3 rumpun.Tak habis nk makan cuma nk kena trim daunya terlalu semak
      Serai wangi pun ada.Teramatlah rimbun

      Delete
    2. Anak bongsu akak ni hanya mkn ayam je
      Ikan .daging semua tk mkn.Jadi pening dok mereka menu ayam hehe

      Aksk ada 3 rumpun.Tak habis nk makan cuma nk kena trim daunya terlalu semak
      Serai wangi pun ada.Teramatlah rimbun

      Delete
  2. wow..ayam percik ala cik manggis memang menggirukan!

    ReplyDelete
  3. salam kak CM!! fuhhhh!!!!!!!!!!!! sungguh terliur tun tengok ayam akak nih..

    ReplyDelete