Tuesday, December 20, 2011

Kek Durian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Sekarang ini musim durian.Semasa balik Pahang  minggu lepas Cm beli 2 longgok durian(10 biji) dengan harga  Rm 15 sahaja.Cm kopek  ambil isinya dan simpan dalam freezer....boleh buat macam macam  projek dengan isi durian tu:)



Lihatlah betapa enaknya kek durian ni:) aikkk ada yang tutup hidung?hehe maaf lah ya Cm memang minat sangat dengan Raja Buah ni.....tak kira lah makan begitu saja atau dijadikan bahan untuk kek dan kuih muih....Rupa kek durian yang Cm buat ni tak cantik tapi rasanya mantap:)Sedap!!!Tak percaya? boleh cuba...Jom lihat resepinya....



Untuk kek Span.

5 biji telur.
160 gm gula halus.
15 gm ovalette.
125 gm tepung gandum.
1 tsp baking powder.
40 ml air.
75 gm melted butter.



Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali butter ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga gebu.Kemudian masukkan butter.Pukul lagi hingga kental.Tuang kedalam loyang  bulat  berukuran 9".Bakar hingga masak dan keluarkan serta merta dari loyang apabila kek telah masak.Sejukkan atas redai.


Puree Durian.

200 gm isi durian.
60 gm gula.
120 ml air.

3 tbsp gelatine.
6 tbsp air.

160 gm whipped cream.


Hiasan:

150 gm whipped cream.




Cara-caranya:
  • Masukkan durian,gula dan air kedalam periuk.Masak hingga hancur.
  • Panaskan gelatine dengan 6 tbsp air dengan cara double boiler hingga hancur.
  • Tuangkan ke dalam paste  durian.Kacau hingga rata.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Satu bahagian di kacau bersama dengan 160 gm Whipped Cream hingga sebati...untuk di sapu pada kek seperti gambar dibawah.
  • Sebahagian lagi di ketepikan untuk di curah ke atas kek yang telah siap nanti.
  •  Potong kek kepada 2 bahagian.Potong secara mendatar.
 Sapukan krim durian pada kek dan katup dengan kek yang sekeping lagi tadi.Simpan dalam peti sejuk sehingga krim keras.Keluarkan kek dan sapu dengan Whipped cream.Akhir sekali curahkan paste durian keatas kek.Simpan sekejap di dalam peti sejuk agar senang untuk di potong.


Lihatlah betapa sedapnya Topping durian tu:)...yum yum...


Komen:)..no komen hehe....terlampau sedap!
Rujukan..buku Penyediaan kek kreatif oleh  Alex Goh

9 comments:

  1. Assallamualaikum CM..
    Naz tak tutup hidung pun CM.. Naz suka gak raja buah ni.. Nak sikittttt... buah dan juga kek tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. mama suka komen.. No Komen.. terlampau sedap.. hahahaha... mama pun suka dan hantu durian.. biar laa orang lain tutup hidung ke .. apa ke... kan.. kan...

    ReplyDelete
  3. Tengok gambar dah terliur...hantu durian... samalah kita.

    Musim durian maka makanan pun banyaklah yang berperisa durian hehehe....

    ReplyDelete
  4. salam..
    erkk..macam tak percaya..
    durian pun jadi kek..he he
    memang Melayu betul kek nih!
    sedap tu :)

    ReplyDelete
  5. both your serimuka and your durian cake looks very appealing tapi i tak berani makan durian season ini, macam nak selalu sakit kerongkong!

    ReplyDelete
  6. Bestnya musim durian kat sana sekarang. Tak perlu tunggu pokok sunflower tu semua mati pun tak pe asalkan bahagian bunganya dah kering untuk kumpul benih. Boleh potong bahagian bunga yang kering tu dan jemur dekat tempat tak kena hujan.Durian simpan dalam freezer tak tak bahu dan rasa macam makan ais krim. Mama saya selalu simpankan dalam freezer masa belajar kat Jepun dulu.

    ReplyDelete
  7. Oh sedapnya! Kempunan ni, dah lama sangat tak dapat makan derian. Suami dan anak-anak tak suka baunya, maklumlah, Mat Salleh kan...

    ReplyDelete