Sunday, November 6, 2011

Daging Singgang/Selamat hari Raya Aidil Adha:)/Maryam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selamat hari Raya korban buat kawan-kawan yang beragama islam.Alhamdulillah pagi tadi kami anak beranak dapat menunaikan solat sunat  Aidil Adha di surau yang berhampiran dengan rumah Cm.Pada kali ini anak-anak dan menatu serta cucu dapat beraya bersama kecuali Zuhri berada di Cork Ireland.Salam aidil Adha buat anakanda Zuhri yang dirindui

Apabila lihat daging ni Cm teringat cerita dalam sebuah buku yang berjudul Jenaka Sufi yang suami Cm beli untuk anak-anak semasa mereka masih bersekolah rendah.Tapi sayang buku itu telah hilang semasa kami berpindah rumah dari Johor ke K.L dulu.Sesiapa yang pernah baca buku ini tentu kenal dengan watak Mullah Nasyaruddin yang lucu itu.....Sedara mara Abu Nawas:) wataknya.

Pada suatu hari Mullah membeli daging di pasar.Dalam perjalanan pulang dia berjumpa dengan seorang kawannya .Mullah beritahu yang dia ingin memasak daging  dan meminta resepi dari sahabatnya itu.Maka sahabatnya memberi resepi yang Mullah inginkan.Tiba-tiba datang se ekor gagak yang sungguh besar dan menyambar daging yang di pegang oleh Mullah.Dengan kuat Mullah menjerit "Wahai gagak yang Jahat engkau telah mencuri daging ku".lalu sahabatnya berkata"Apa yang kamu nak masak sebab daging kamu telah dicuri?" Mullah Nasyaruddin berkata"Tak apa ..tak apa...burung itu tak dapat makan daging yang sedap sebab RESEPI masih dengan saya"...hehe....itu lah ceritanya.
Daging Korban diatas Cm masak Singgang.Alhamdulillah anak-anak kata sungguh sedap sebab dagingnya masih segar.Setelah dimasak daging  sungguh lembut dan resepinya pun  mudah.Jom kita tengok apakah bahan-bahannya.

Bahan-bahannya:)

500 g daging lembu segar.-potong nipis.
1 tbsp biji ketumbar,
4 ulas bawang putih.
1 inci kunyit hidup.
1 inci lengkuas.
1/2 tbsp lada hitam(biji)
1 keping asam gelugur.
1/2 kiub perisa ayam.
garam secukup rasa.

Cara-caranya:)

  • Lengkuas,kunyit,bawang putih ,ketumbar dan lada hitam ditumbuk kasar.
  • Masukkan daging kedalam periuk dan rebus dengan bahan-bahan tumbuk tadi hingga empuk.
  • Kemudian masukkan asam keping,garam dan kiub ayam.Masak lagi hingga mendidik.
  • Untuk kuahnya agak-agak agar jangan terlalu banyak takut hilang rasa manis dagingnya.
  • Sedap dimakan bersama nasi panas:)

Maaf ya Cm nak tempek gambar cucu Cm ni:) sekarang dah boleh meniarap dan dah mula nak ke depan.Dah pandai golek-goleh maknanya tak boleh duduk atas katil sorang-sorang:)












11 comments:

  1. Wah dah cepat tumbuh rambutnya. Dah lama nak buat ni nanti boleh latih untuk ambil hati mak mertua...hehehe... Kami khamis ni baru dapat ambik bahagian biri-biri. Hari ni Diana masak nasi karot CM post hari tu tapi sebab tak tumpu perhatian ada error part penghabisnya. Pastu cuba daging kandar pertama kali, nasib tak fail...bolehlah nak lepas mengidam.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd Kak CM & keluarga. ALong punya qurban esuk, nanti boleh lah cuba respi CM ni - simple jer mesti sedap sbb daging fresh.

    ReplyDelete
  3. Tatau pon daging pon bole di singgang---cetek sungguh ilmu saya neh...

    ReplyDelete
  4. Salam Aidil Adha makcikmanggis,
    Cantiknya Maryam... mesti syok tengok dia brgolek2. hehe.
    Memang sedap daging singgang. Yala, daging korban pun ada ni. Yum yum..

    ReplyDelete
  5. Salam Aidiladha buat CM sekeluarga.alahai tomeinya cucu CM.....putih melepak..
    daging korban mmg sedap masak singgang gini....ni menu cukup terkenal di Kel masa raya korban.

    ReplyDelete
  6. Salam Aidiladha CM & keluarga
    comel Maryam :)

    ReplyDelete
  7. Salam cm...Saya suka masak singgang,kuahnya boleh dihirup macam sup hehehe...

    Comeynya Maryam,tak lama lagi pandai berjalan lepas tu pandai bercakap,seronoknya.

    ReplyDelete
  8. meleleh air liur kalau tengok singgang daging..sedapnya

    ReplyDelete
  9. Assalam cm,
    waduhhhh geramnya kita tengok baby maryam niiiii..rasa nak hug2 tak mau lepas..dah montel kita tengok..tak lama lagi lah montel tu..tengok tangan dengan peha aje rasa nak gigit2...eee kita tengah ketam gigi niii..

    ReplyDelete
  10. Adoi, each time I saw your granddaughter I so wanna to pinch her. hahaha.... So so adorable.
    Kristy

    ReplyDelete