Sunday, September 18, 2011

Cokodok Ibundo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Masih beraya lagi ke?kebanyakan blog masak masak kurang aktif sejak raya ni  mungkin masing masing sibuk / banyak menerima undangan rumah terbuka dan majlis perkahwinan.Seronok jadi orang Malaysia sebab raya sebulan hehe....Malaysia boleh :)
Petang ni Cm makan Cekodok ikan bilis untuk minum petang.Beberapa hari ni Cm tak masak sebab tiap tiap hari sabtu,ahad dan malam jumaat ada jemputan  majlis rumah terbuka:).Dah cakap kat suami .....Cm nak rehat dibulan syawal  sebab masa Ramadhan tempohari tenaga  tua empat kerat ni dikerah 200 peratus.....reput tulang ambo :)...sekarang bila tenung bahagian dapur tu hai malasnya ....

Cekodok Ibundo ni Cm ambik dari rumah Bundo asalnya Cokodok Bangi terima kasih kak pah:) Sodap cekodok ni ..Maaf lah sebab Cm tukar namanya:)...Minta izin nak C & P resepinya ya...

Bahan-bahannya:

2 1/2  cawan tepung gandum
2 biji ubi kentang sederhana besar di parut halus
1 batang carrot sederhana besar diparut halus
1 tangkai daun sup dihiris halus
2 helai daun bawang dihiris halus
2 sudu penuh majerin (penuh maknanya bila kita kaut majerin tu satu sudu, tak payah diratakan)
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk stok ayam
garam secukup rasa
segenggam ikan bilis (kalau genggam korang kecik sangat, lebihkan) *
1 bijji bawang besar yang sederhana saja besarnya *
1-2 biji cili merah *
1 cawan nasi sejuk*
Cara-caranya:
Kisar bahan bahan yang bertanda * tu dengan sedikit air   hingga hancur.Tuang kedalam mangkuk yang sesuai .Masukkan bahan-bahan yang selebihnya dan gaul hingga rata.agak agak cam buat cekodok biasa tu.Kemudian panaskan minyak dan goreng dengan api yang perlahan hingga garing......Kepada kawan kawan yang suka pedas bolehlah masukkan hirisan cili api kedalam adunan cekodok ni baru ada Ummpp:).Makan bersama sos cili....Malam ni kami 3 beranak tak makan nasi sebab kenyang makan Cekodok Ibundo hehe.

10 comments:

  1. kak,sy pun dah bt ni ptg td.sedap,blh bt selalu...n mmg mengenyangkan kan kak. :)

    ReplyDelete
  2. wahh.. mmg cekodok org kaya nih.. hihi.. mcm2 letak dlm dia. tgk bahan pun dh tau sedap nih.. tunggu berat turun dulu baru blh mkn makanan goreng2. hihi

    ReplyDelete
  3. wah dah lama x makan dah nie.. teringin plak makan.. tp ngah diet.. ish ish ish.. tergoda dah nie.. hehehheee... kalu ada dpn mata mesti x kan tolak dah nie.. hihi

    ReplyDelete
  4. Salam cm...saya pernah buat cekodok yang dicampur dengan nasi ikut recepi dari blogger hana memories tapi bahan2nya tak banyak macam ni,sedap dan lembut.

    ReplyDelete
  5. kena plak ngn kopi pahit pekat panas2
    pergh! terbaek! <---bak kata boboiboy! ehehehe

    ReplyDelete
  6. wahh..letak nasi sejuk? jdik lg besh ke kak? xpnah cbe lagik..nnt lau de ns lebih..nk try buat jugak lah..eheheh

    salam kenal & salam lebaran kak =)

    ReplyDelete
  7. I just checked the recipe and I have all ingredients on hand, gonna to try out tomorrow for lunch. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. salam..
    sesekali berayo jamu
    cekokok pun sodap!
    :D

    ReplyDelete
  9. Lama tak masak ni. Dapur Diana pun sekarang kurang berasap.Terliur tengok.

    ReplyDelete