Wednesday, June 1, 2011

French Baquettes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 


Sudah beberapa hari Cm tinggalkan blog  ni kerana kesibukan yang melampau:)...Atiqa dah balik untuk bersalin dirumah Cm dan semalam kami dikejutkan dengan "false Alarm".semasa di hospital untuk pemeriksaan biasa tetiba doktor kata dah nak bersalin dan Cm bergegas membawa segala  barang keperluan untuk ibu dan bayi yang akan lahir ke hospital  tetapi rupa-rupanya acah-acah je.....terkejut  nenek hehe....tak apalah belum sampai masa dia takkan "keluar".....

Tengahari tadi Cm sempat masak roti Perancis cicah kari ayam untuk makan tengahari.Resepi Cm ambik dari buku Alex Goh The World Of Bread  .

Bahan-bahannya:
A
90 gm tepung gandum biasa.
360gm tepung roti.
1 1/2 tsp garam.
1 tsp gula.
3 tsp yis segera.

B

250-260 ml air.

C
10 gm lemak sayuran.

Cara-caranya:

  1. Adun (A) hingga sebati
  2. Campur (B) dan uli hingga jadi doh.
  3. Tambah (C) dan uli hingga doh jadi kenyal.
  4. Biarkan Doh selama 45 minit.
  5. Kemudian bahagikan doh kepada 3 bahagian.Bulat-bulatkan.Biarkan selama  10 minit.
  6. Gelek dengan penggelek dan gulung memanjang.(30 cm)
  7. Biarkan doh naik selama 30 minit.
  8. Sapukan dengan air (spray) dan toreh dengan pisau tajam pada permukaan roti sebanyak 3-4 jalur.
  9. Bakar pada suhu 220 darjah celcius selama 25 minit atau sehingga warnanya perang.
***salam buat Diana.Maaf ye Cm tak sempat nak buat karipap yang Cm janjikan kerana hal yang tak dapat dielakkan.Sila ke SINI untuk buat karipap pusing tu:)

20 comments:

  1. Assalam kak nah ,cucunya buat kejutan untuk nek ye,kak cantik kejadian baguette akak tu mcm kedai mari

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum CM

    Wah cantiknya baguette tu...cicah pulak ngan kuah kari daging...hmmm mcm dh terasa kat tekak nie...
    selamat mendapat cucu ya...happy selalu.

    ReplyDelete
  3. Salam CM,
    Wahhh..cantiknya kejadian baguette tuu..Selalu buat tak cantik camni haha..
    Okeh,nanti nak try resepi ni:)

    ReplyDelete
  4. salam cm
    wahh.. nenek saspen tunggu kelahiran cucu ye... moga2 selamat semuanya nnt ye..
    cantik roto perancis yg cm buat tu.. puas hati ni dpt wt sendiri baguette... cicah kari pasti ngancam..

    ReplyDelete
  5. Assalam CM, wahh bz ngan nak dapat cucu yer...seronoknya tahniah. cantikla roti perancis tu ...mcm jual kat kedai dah tu..

    ReplyDelete
  6. Assalam cik manggis,
    salam kenal dari singapura..selalu juga intai2 kat sini hari ni nak bertegur sapa..heheh
    suka tengok recip2 kat blog akak ni.

    ReplyDelete
  7. canttiknya roti ni. cm ada loaf pan untuk roti perancis ni ye... selamat juga buat doter cm ...hope semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. Kak CM,
    Terrornya Kak CM buat baguette.So cantik and macam kedai mari punya!!I also got that book but tak terlintas kat kepala langsung nak try buat as I tengok punyalah susah.Now that Kak CM dah prove that it's do able,I pun nak try jugak(kiasu mode..hahaha).
    Anyway,hope all is well and safe delivery to Atiqa.I pun tumpang berdebar,kak..hahaha.

    ReplyDelete
  9. Saya ingatkan dah bersalin sebab CM menyepi sibuk dah jaga cucu. Hujung minggu hari tu buat kuih keria ikut resepi CM. Yang kelakarnya dah siap rupa donut minyak masak tak de. Terpaksa tunggu sampai askar2 pergi beli.

    ReplyDelete
  10. cikmimi..hehe nakal betul cucu nenek manggis ni..acah acah sehingga terkejut semua orang:)

    ReplyDelete
  11. Nuridah..wslm..terima kasih:)..dah licin.Kali ini sambutannya sungguh baik sekali.

    ReplyDelete
  12. TopsyTurvyMum...salam Tim.hehe terima kasih.Cuba lah Insyallah jadi:)

    ReplyDelete
  13. Madiha..hehe cucu acah nenek ni..cicah kopi O pun sedap.

    ReplyDelete
  14. Mama Rocks..nampak kat rumah Mama Rocks ada sepinggan nasi dengan ulam ulam yang penuh pinggan..terliur Cm tau:)

    ReplyDelete
  15. Nieza..terima kasih Nieza.Hehe nak buka kedai roti la cam ni hikhik.

    ReplyDelete
  16. ayu..wslm..terima ksih kerana sudi singgah kedapur Cm ni.Cm pun selalu singgah kat dapur Ayu:)tapi segan nak panggil tuannya...nanti kita singgah kali ni jangan lupa hidangkan air ya:)

    ReplyDelete
  17. izahdaut..Cm tak ada loaf pan.Bakar daatas dulang biasa je..terima kasih izah.

    ReplyDelete
  18. Shereen..haha bukan kiasu tapi join sekaki hihi.Buatlah Insyallah jadi.Terima kasih shereen.

    ReplyDelete
  19. Malay Kadazan girl..salam Diana.haha dah siap baru perasan minyak masak tak de?nasib baik ada askar ya...nampak gayanya lambat lagi cucu nak keluar ni.Due date 4.jun ini.Terima kasih.

    ReplyDelete