Tuesday, May 24, 2011

Spiral Kaya Puff


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua?Pastinya ramai yang dah siapkan kuih untuk minum petang ,jika tak sempat buat boleh beli je kat warung kuih yang berhampiran dengan rumah masing-masing kan...Tapi seperti biasa lah jika Cm tak masak kuih sendiri terpaksa lah makan kuih yang frozen je ..Maklumlah rumah Cm ni agak jauh dari kedai atau warung...warung tiada langsung kat sini.....



Semalam Cm singgah ke dapur Kristy ,terliur sangat nak makan Kaya puff yang dia buat,nampak sungguh menarik sekali.Kebetulan suami dan anak lelaki Cm amat suka Kaya puff...jadi hari ini Cm mencuba resepi dari dapur My Little space ini.Alhamdulillah walaupun rupanya agak kurang cantik tapi rasanya sangat sedap.Sungguh ranggup dan bau kayanya semerbak dipelusuk rumah :)..mesti  baunya sampai ke rumah Jiran sebelah ni :)..Terima kasih Kristy kerana sudi berkongsi resepi yang menarik seperti ini:)

 
Bahan-bahannya:

A

230 gm tepung gandum
1 biji telur saiz kecil.
100 gm air.(Cm masukkan 80 gm air)
1 tbsp susu tepung.
1 tbsp marjerin.
1 tsp garam.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas dan uli hingga jadi  doh yang lembut.Bentukkan bulat-bulat dan ketepikan.

B

230 gm tepung gandum.
100 gm minyak jagung.
cara-caranya:
Satukan bahan-bahan diatas dan uli hingga sebati.Bentukkan bulat-bulat agak-agak besar sedikit dari  bola pingpong(maaf lah Cm lupa nak timbang jadi main agak-agak je ta)

Masukkan B kedalam A dan balut kemas-kemas seperti gambar diatas.

Kemudian gelekkan .
Gulung
Potong
Pandangan dari atas.
gelekkan seperti ini.
letakkan inti kaya.
Klim seperti karipap biasa.Sapukan dengan telur dan bakar hingga perang. selamat mencuba dan selamat menjamu selera:)

14 comments:

  1. Salam CM
    Menarik le resepi ni..letak kaya yg macam kat kedai pastri tu...hemmm masuk list ....

    ReplyDelete
  2. Assalam CM...bestnyer kalau ada warung kat sini...nak juga mmebeli...hehe tapi kalau dpt buat sendiri lagi ler puas ati kan..wah menarik resepi kaya puff tu...nanti boleh cuba..:)

    ReplyDelete
  3. amboi cm, sudah cepat buat karipap ini! nampak sangat cantik juga!

    ReplyDelete
  4. rajinnya cm buat kaya puff ni...
    sedapppp...

    ReplyDelete
  5. Wah wah, Cik Manggis ni bukan main2! Sedap betul kaya puff ni. I'm glad you love it too. Pasti anak CM habiskan semua puffs tu sendiri ya! hahaha.... Adakah anak CM minta buat lagi?
    Hope you're enjoying your day.
    Kristy

    ReplyDelete
  6. Cm terima kasih instruction step by step Diana ni tak pandai nak menguli doungh atau buat pastry ni.Tapi kalau saya isi benda lain macam ubi atau sardin boleh tak agaknya.

    ReplyDelete
  7. zie..sori dah finish nnt Cm buat lagi ya:)

    ReplyDelete
  8. Sheila..ya cam kat kedai roti ada kaya dan kulitnya ranggup tu.

    ReplyDelete
  9. Nieza..akak pun selalu terbayangkan ada warung jual kuih dan nasi lemak dekat dekat rumah Cm ni tapi tak de:(

    ReplyDelete
  10. Mas..merajinkan diri mas..sb nak makan.

    ReplyDelete
  11. Kristy..terima kasih:)memang atas permintaan kena buat lagi hehe.Jika bisnis boleh untung ni:)

    ReplyDelete
  12. Malay Kadazan girl..Rasanya jika bubuh inti lain tak sesuai kerana kulitnya terlalu ranggup.Insyallah malam nanti Cm buat karipap pusing dan tunjuk step by step:)

    ReplyDelete