Sunday, May 22, 2011

Biryani Kambing.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pertama-tamanya Cm nak sedekahkan Al fatihah buat anak anak yatim yang telah terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat Selangor petang semalam..Semoga roh mereka ditempatkan di Syurga....tiada perkataan yang dapat Cm tuliskan disini..terlalu sedih dan pilu membaca berita di akhbar pagi ini....Semuanya kepunyaan Allah dan mereka  telah kembali ke pangkuan  Penciptanya...Al fatihah......
Semalam Cm ada tulis bab teringin nak makan daging kambing..maklumlah kami memang jarang makan daging kambing atas faktor kesihatan .Kami suami isteri ada masalah kolestrol berlebihan tetapi kerana "terliur" sangat jadi Cm masak Biryani Kambing untuk lunch kami tadi

.Suami Cm kasi 80 markah hehe(berani bagi markah rendah kihkih..suami Cm cakap kena bagi markah lebih takut chef boikot jika dapat markah sikit)..memang sedap:).jika kita masak sendiri paling tidak pun kita dapat kurangkan bahan-bahan yang agak "bahaya"untuk kesihatan.Umpamanya Cm tidak letak minyak sapi atau minyak yang berlebihan.

Bahan-bahannya:

1 kg daging kambing yang ada tulang.
1 cawan bawang goreng.
1 cawan yogurt.
1 cawan susu cair
3 sudu besar madu
Garam secukup rasa.
2 tbsp tomato puri
3 tbsp tomato sos
3 tbsp cili sos
1 1/2 tbsp rempah biryani adabi
4 biji cili hijau-tumbuk kasar
2 biji buah tomato-dadu
2 pokok daun ketumbar.-potong kecik.
segenggam daun pudina.-potong kecik
1" kulit kayu manis,

2 kuntum bunga lawang
2 kuntum buah pelaga.
1/2 tbsp serbuk cili
1/2 tbsp serbuk kunyit.
2 tbsp gula
2 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang putih-tumbuk
2 labu bawang besar-dadu
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp serbuk jintan manis.
  • Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk dan perap sekejap
  • Kemudian masak atas api yang perlahan hingga mendidih.
  • Jika daging kambing agak keras tambah kan sedikit air dan masak hingga daging kambing empuk dan kuahnya agak pekat.
  • Kecikkan api .Biarkan mendidih perlahan-lahan sementara siapkan bahan-bahan untuk nasi.
  • Jangan lupa rendam beras basmathi  ( Cm masak 3 cawan )selama lebih kurang30-45 minit dan toskan.
    • Panaskan air (agak-agak) dalam periuk dan masukkan garam dan minyak jagung lebih kurang  4 tbsp.Rasakan garamnya mengikut selera masing masing.
      • Bila air mendidih baru tuangkan beras kedalam periuk dan biarkan beras masak agak-agak 3/4 masak.
        • Toskan airnya dan masukkan beras rebus tadi kedalam kain muslin.Letakkan daun pudina dan daun ketumbar.Ikat kemas-kemas.
           
          •    Masukkan bungkusan beras kedalam periuk  daging kambing tadi ,tutup periuk dan masak nasi dengan api yang perlahan hingga masak.
          • Apabila nasi telah masak sendukkan 4-5 sudu kuah kambing kedalam nasi dan gaulkan agar  nampak lebih berseri:) warnanya dan ada perasa kambing!


          Selamat makan tengahari semua dan selamat mencuba resepi Biryani kambing yang sungguh enak ini hehe(puji)

          17 comments:

          1. hmmmm sedappp..tak penah masak daging kambing sebab tak berkenan bau nya hehee

            ReplyDelete
          2. sedapnyer kak..saya mmg jarang makan kambing sbb kalo makan mesti sakit kepala..(tp takde plak darah tinggi atau kolesterol)...nampak best jer biryani kambing akak ni.. ambik bau yer

            ReplyDelete
          3. Kak CM,
            Saya suka sangat dengan nasi biryani,nasi minyak and all the nasi yang sewaktu dengannya...except nasi putih.Tapi malas betul nak buat sebab leceh sikit.I'll bookmark this recipe ...mana tau one day tergerak hati saya nak buat.Thanks for the fabulous recipe.

            ReplyDelete
          4. perhhhh...tergoda betul tengok nasi beriani cm ni...
            masuk list resepi ni...
            nak try gak nanti...

            ReplyDelete
          5. Tak pernah buat nasi briyani dari bahan buat sendiri tp betul kata CM lagi sihat sbb kita yg control bahannya. Semenjak duduk kat Australia ni gemar sangat dah makan daging biri-biri banding lembu. Daging kat sini masak cepat betul dr yg kat malaysia lama nak tunggu empuk. Mak dulu tak percaya bila datang sini baru faham. Saya link resepi udang cencaluk bolah ya;-).

            ReplyDelete
          6. cm, tengok pun dah nampak sedap. lenkali masak hantar sini sepinggan. ataupun roger kpah... kita datang bawak pinggan hehe..

            ReplyDelete
          7. Mcmane dan mane nk beli kain muslin ye?

            ReplyDelete
          8. mama rocks..kalu wan sembelih tok bau:)

            ReplyDelete
          9. Cendana kasih..salam Norma..memang ya..ada setengah orang memang tak boleh makan kambing.ada yang pening dan ada yang tak tahan bau kambing.

            ReplyDelete
          10. shereen..cuba lah resepi ni sebab sangat senang.Jika tak mau bungkus beras pun tak apa..masukkan semua beras rebus kedalam periuk daging.Guna periuk letrik.Senang dan takkan hanggit.

            ReplyDelete
          11. Mas..cuba la mas sangat senang.insyallah rasa pun takkan mengecewakan.

            ReplyDelete
          12. malay kadazan girl..jika dapat daging biri biri yang fresh lagi sedap.Mungkin yang diekspot ke Malaysia tu agak lama beku sebab tu keras sikit dagingnya.perlu masa yg lama untuk empuk...Cuba lah resepi ni Insyallah sedap:)

            ReplyDelete
          13. gerau..gerau..gerau..dah pengsan hehe

            ReplyDelete
          14. kakpah..hehe nnt cm tapaukan untuk kakpah ya:)

            ReplyDelete
          15. LAVENDER...jika susah nak dapatkan kain muslin pergi kat kedai kain Nagoya atau mana-mana kedai kain minta kain untuk buat tudung bawal.Insyallah.Ada dijual.

            ReplyDelete
          16. langsung tak tumis ye?

            ReplyDelete