LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, April 10, 2011

Old Fashioned Onion Rings

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Setelah mengemas dan mop bilik Atiqa petang tadi tetiba rasa sebak semacam..selepas mereka  kahwin ini lah masa yang paling lama mereka tinggal bersama kami sementara menunggu untuk dipanggil kerja oleh Kementerian Kesihatan.Alhamdulillah hampir 3 bulan lebih anak dan menantu bersama kami,rasa sunyi pulak bila mereka berdua tiada.Orang yang paling sedih sekali adalah anak bongsu Cm ni,dia sangat rapat dengan abang iparnya.Kami selalu usik agar tukar nama jadi Richardson:)...menantu Cm merupakan guru bahasa inggeris kepada si kecik ni.Dalam masa 3 bulan lebih bahasa inggerisnya meningkat dengan ketara tapi bahasa Malaysianya pula  hancur berkecai hehe...Alhamdulillah anak dan menantu telah selamat tiba ditempat yang di tuju dan besok Atiqa akan melapurkan diri ditempat kerjanya dan lusa suaminya pulak akan mulakan tugasnya..ditempat yang baru dan suasana yang baru....Semoga semuanya akan dipermudahkan olehNya.

Okay lah ....Cm masak Old Fashioned Onion Rings ni khas buat si kecik kerana dia sangat suka makan benda ni.Sedap dimakan ketika masih panas.Cicah sos cili atau mayonis.
Bahan-bahannya:
1 labu bawang besar-kupas dan potong bulat.
1 1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur.
1 cawan susu segar.
1 tsp garam.
1 tsp serbuk penaik.
serbuk roti secukupnya.
minyak untuk menggoreng.
Cara-caranya:
  • Masukkan garam dan baking powder kedalam tepung dan gaul hingga rata.
  • Masukkan potongan bawang besar kedalam tepung dan gaul agar tepung lekat sekata.Kemudian keluarkan bawang dan ketepikan kedalam bekas lain.
  • Masukkan telur dan susu kedalam tepung tadi dan kacau hingga sebati.
  • Celupkan potongan bawang kedalam adunan tepung hingga rata kemudian salutkan dengan serbuk roti.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang tadi hingga ranggup dan perang.Lakukan proses yang sama hingga selesai.Selamat mencuba.
Resepi ini Cm ambil dari All recipes tapi cara-caranya Cm buat mengikut cara Cm:)..selalu "tak dengar kata"hehe.Sila ke All Recipes untuk melihat cara membuatnya.

6 comments:

  1. Aslmkm. Best nyaaaa.... nanti nak buat gaklah. Lama dah tak mkn benda ni.

    ReplyDelete
  2. salam CM..
    best nyer..kena cuba nieh..tringat masa makan nieh kat salah satu kdai..tapi dia wat bentuk kelopak bunga....

    ReplyDelete
  3. Macam rasa nak buat snack malam ni lapar pula rasa. Hasil bawang dari kebun mini kami cepat je habis walaupun ingat boleh tahan lama. Semua jadi syok makan bawang. Dulu beli punyalah lama nak habis.

    ReplyDelete
  4. Home Kreation..makan panas panas:)

    ReplyDelete
  5. Chemp..salam Chemp..oo kreatif tu

    ReplyDelete
  6. Malay kadazan girl..oh bawang tang tanam sendiri lagi sedap tu..bila hasil titik peluh sendiri pasti terasa lebih enak:)

    ReplyDelete