Monday, April 18, 2011

Kek Coklat Kukus.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari yang sangat sibuk dan macam-macam berlaku.Beberap hari lepas atm kad hilang ,buat repot dan batalkan kad tu.Hari ini buat kad baru dan semasa nak tukar pin no kena telan pulak kad  yang baruArrggghhh stress betul.besok baru dapat ambil balik.Tak suka pergi bank...parking jauh,jalan tengah panas...beratur...patut lah nenek moyang kita simpan duit bawah bantal hehe.
Jika stress selalunya berkebun atau masuk dapur memasak.jadi hari ni tak boleh berkebun kerana cuaca sungguh panas.Masuk dapur masak kek kegemaran kami sekeluarga.Kek Coklat kukus.Memang akan masak kek ni lagi dan lagi kerana sungguh berpuas hati dengan resepinya.Selepas makan kek ni menyesal dan takkan berani naik atas penimbang......separuh dari kek ni Cm bagi kat kawan Cm Opah kat seberang jalan tu...Opah called kata sangat sedap..satu kepuasan hehe.terima kasih Opah ..pujian opah buat Cm dapat tersenyum :)

Bahan-bahannya:
A
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair.
1 cawan serbuk koko
B
4 biji telur grade B
1/2 cawan susu pekat manis.
1 tsp esen vanilla.
C
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp serbuk baking powder.
1 tsp serbuk soda bicarbonat.

Cara-caranya:
  • Kacau A atas api hingga semuanya larut.Sejukkan sikit.
  • Kacau telur dengan susu pekat manis hingga sebati.Masukkan esen vanilla.
  • Ayak tepung dengan baking powder dan soda bicarbonat
  • Tuangkan adunan telur kedalam A dan guna whisk -kacau hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  • Sapukan loyang kek dengan sedikit butter.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak-lebih kurang 1/2 jam tapi jika guna pengukus biasa hanya memakan masa 20 minit.Selamat mencuba.
*resepi asalnya sila klik DISINI
You might also like:

14 comments:

  1. terliur pulak tengok kek kak cm mlm2 begini..nampak moist betul..ada lagi tak tu?

    ReplyDelete
  2. You just remind me I have so long did not make this cake, and steam method definitely better than bake, yummy.

    ReplyDelete
  3. kek coklat...
    sedappnya...
    nak sikit....

    ReplyDelete
  4. kalau marah makan kek ni pasti hilang marah..tapi yang takut makan banyak ler...

    ReplyDelete
  5. hi kak,nampak sedap kek ini.Nak cuba lah..

    ReplyDelete
  6. sedapnya kek ni CM...nieza pun sama juga kalau mkn selalu terasa menyesal tapi malas juga nk exercise....hehe

    ReplyDelete
  7. anymz..puas hati betul buat kek ni.Lembab dan manis pun sederhana.Sedap:)

    ReplyDelete
  8. Sonia..hehe nanti boleh lah buat ya:)

    ReplyDelete
  9. nazrah..lagi marah lagi makan..akhirnya...takut nak timbang:)

    ReplyDelete
  10. yummylittlecooks...hi:)memang sedap nanti cuba ya.

    ReplyDelete
  11. nieza..tu la pasal..memang sangat malas nak gerak gerakkan badan :)

    ReplyDelete