Monday, April 11, 2011

Bingka Ambon

Assalamualaikum dan selamat petang.Semalam semasa jalan-jalan ke dapur kawan-kawan Cm singgah masuk ke blog  Tok Chik(TC).Bila masuk je ke blog Tok Chik ni hati terkenang zaman kanak-kanak dulu.Terutama bila gambar depan dapur Tok Chik memaparkan sebuah rumah kampung dan ada sebuah kereta Voltswagen ditepinya...penuh kenangan...
Resepi yang Cm paling berkenan sekali adalah Bingka Ambon .Memang berbaloi-baloi membuatnya sebab sungguh sesuai dengan selera Cm ni.Rasa lemak-lemak dan manisnya pun sederhana.Sedap.Terima kasih Tok Chik:)
A
Bahan-bahannya:
11 gm yis segera
15 gm tepung gandum
10 gm gula pasir
60 ml air

B
10 biji kuning telur
200 gm gula halus
1 tsp esen vanila

C
150 gm tepung ubi
2 tbsp tepung pulut

D
300 ml santan pekat.
1/2 tsp garam
4 helai daun pandan.

Cara-caranya:
  • Bancuh A hingga rata dan perapkan selama 25-30 minit sehingga adunan tu berbuih.
  • Masak D atas api sehingga mendidih dan cepat-cepat tutup api dapur supaya santan tak pecah minyak.Sejukkan.
  • Pukul B hingga berbuih dan kembang.
  • Satukan A+D+B dan kacau hingga sebati.
  • Kemudian masukkan C sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak .Tuangkan adunan kedalam loyang
  • Oh ya jangan lupa panaskan oven terlebih dulu dengan suhu 180 darjah celcius.Masukkan loyang kedalam oven dan biarkan pintu oven terbuka sedikit selama 10 minit.Kemudian kurangkan suhu kepada 140 darjah celcius dan masak bingka hingga perang.
  • Sebagai panduan yang lebih jelas bolehlah masuk ke dapur Tok Chik kerana terdapat cara-cara step by step.Selamat mencuba dan terima kasih Tok Chik:)

8 comments:

  1. 1st time rasa bika ambon ni mase pegi Medan,indonesia.

    ReplyDelete
  2. mas pernah makan sekali bika ambon ni...
    sedappp....

    ReplyDelete
  3. Cantik jadinya bika ambon tu...kalo dpt rasa lagi sedap kan CM??

    ReplyDelete
  4. wahh sedapnya bingka ni CM..tgk pun tau lembut jer lbh kurang mcm kek gula hangus jer rupanya yer..
    p/s: jemput singgah umah ambil poskad yer CM....tq:)

    ReplyDelete
  5. kak CM.. tun xpernah dgr pun ambun nih.. terasa jakun la pulak. hihi

    ReplyDelete
  6. x pernah mkn ni..looks good plak..huu~ make me some..

    ReplyDelete
  7. curi resepi cikmanggis yg menggoda ni..

    http://adzriel.blogspot.com/2011/04/banyaknya-jenis-bingka.html

    ReplyDelete