Wednesday, April 7, 2010

Tumis nenas

Terlupa nak tumis biji sawi jadi cm masukkan kemudian:) Salam dan selamat sejahtera .Petang ini cm nak tunjuk masakan kegemaran cm :) selalunya jika masak kari ayam atau ayam masak kicap ini lah gandingan yang paling ngam iaitu tumis nenas.Hmmm sedap tau ada rasa manis,masam dan wangi bau cengkih.Berselera betul bila makan dengan nasi yang masih panas hingga berpelu peluh:) Jom lihat cara -cara nak masak tumis nenas ni! Bahan-bahannya: 1 biji nenas -kecil 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1 tbsp biji sawi sedikit minyak untuk menumis 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 1 keping kulit kayu manis 1 tsp serbuk kunyit 1/2 tsp garam 1 tbsp gula sedikit air Cara-caranya:
  • Nenas dipotong kecil.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia hingga halus.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,biji sawi ,buah pelaga dan bunga cengkih
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan tumis hingga naik baunya
  • Masukkan potongan nenas dan kacau hingga rata baru masukkan sedikit air.
  • Bubuh garam,serbuk kunyit dan gula.Masak hingga kuahnya pekat.

6 comments:

  1. salam CM

    yat jarang masak cam ni sebab budak2 tu tak reti makan..tapi mak budak ngan pak budak suka lak..he he..and then bila I masak anything yg ada cengkeh, sebelum hidang nak kena keluarkan dulu sebab budak2 tu wlpn dah besar makan tak toleh kiri kanan main sumbat jer bila dah tergigit cengkeh complain nya bukan main..tu yg mesti keluarkan dulu sblm dihidang..sajer je kita citer kat CM..

    ReplyDelete
  2. salam makcik..Saya pasti akan cuba resipi ini kalau saya masak hidangan tersebut.

    ReplyDelete
  3. salam cm..itu paceri nenas tu..sedap makan dgn nasi minyak..macam terbau2 aromanya kesini..hehe

    ReplyDelete
  4. salam yatt hehe budak budak mmg camtu,jika tergigit rempah ratus dalam makanan ..tak suka..katanya bau seperti makjun :)

    ReplyDelete
  5. dear Tummies..cuba lah pasti tidak akan mengecewakan:)

    ReplyDelete
  6. salam kak yam..hehe bau ya?cm mmg suka makan buah-buahan manis dgn nasi..contohnya tembikai,anak anak pun naik hairan:)

    ReplyDelete