Mari kita lihat bahan-bahannya:)
A
500 gm lobak putih yang diparut
100 ml air
B
1/3 cawan udang kering (lihat pada jenis udang kering jika yang masin kurangkan sikit)
C
300 gm tepung beras
60 gm tepung jagung
700 ml air mendidih
D
1 tsp garam
1/2 tsp lada sulah
2 tbsp sos tiram
1 ketul kiub ayam
3 tbsp bawang goreng
E
Untuk hiasan:
2 tangkai daun bawang-potong halus segenggam udang kering-goreng hingga garing bawang goreng secukupnya
1 biji cli masak-potong bulat
Cara-caranya:
- Lobak putih diparut kasar dan dimasak dengan 100 ml air hingga hilang bau maungnya.Toskan.
- Goreng udang kering hingga garing dan tumbuk kasar.
- Satukan tepung beras dan tepung jagung dalam satu bekas dan tunagkan 700 ml air mendidih.Kacau hingga sebati.Masukkan parutan lobak putih dan gaul hingga rata.
- Masukkan garam,lada sulah,udang kering,sos tiram,kiub ayam dan bawang goreng kedalam adunan tepung tadi.Gaul hingga rata.Tuangkan kedalam dulang yang sesuai dan kukus hingga masak.Lebih kurang 30-35 minit.
- Bila kuih telah masak sejukkan .Kemudian tabur dengan sedikit bawang goreng,udang kering goreng,daun bawang dan cili potong.
- Hidang dengan sos cili
Akak!!! Mintak sikitttt! nak taste! hehehe ;)
ReplyDeleteLove tak msk nasi kak...mee goreng ngan choc vanilla shake! ;)
salam cikmanggis..rasa kuih ni mcm kuih bingka berlauk agaknye ek..cuma ada tambahan lobak putih tu yg memberi kelainan..ishh..mesti sedaap nih!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehi love..jap lagi nak gi makan mee goreng ya!!
ReplyDeletesalam inahar..bila jadi kuih ,dah tak rasa lobak putih dah..cuba lah buat.
ReplyDelete