Sunday, February 7, 2010
Sardine Roll
Sardine roll ni masakan pertama yang cikmanggis pandai buat kerana semasa dalam tingkatan tiga cm belajar mata pelajaran Home science.Dalam buku tingkatan tiga ada resepi resepi mudah....antaranya ialah sardine roll,roti sandwich,sambal ikan bilis untuk nasi lemak dan bubur cha cha.seronok sangat jika masuk dapur kat sekolah kerana peralatan dapur yang lengkap al maklum lah pada masa tu keluarga cm masih menggunakan dapur kayu....dapur kayu?hehe ya sangat mencabar untuk menghidupkan api dapur:) silap haribulan hitam lubang hidung tu hihi
selalunya cm buat sardine roll versi roti,letak sardin atas roti sandwich roll dan celup telur kemudian goreng.Ok jugak tapi kena guna minyak untuk deep fry...berminyak sikit .Kali ni cm buat yang bake...resepi asal dari myresipi tapi cm jumpa kat blog Ijah Bangkok.Terima kasih Ijah.Maaf ya cm main rembat je pagi tadi:)halal ya!
Bahan bahan untuk Kulitnya:
200 gm tepung gandum
100 gm butter sejuk
sedikit garam
sedikit air sejuk dari peti ais
Bahan bahan untuk inti nya
1/2 tin sardin yang besar
1/2 biji bawang besar potong kiub
1 biji cili masak potong kecil
(jika suka pedas tambah cili api)
perahan 1 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara buat kulitnya:)
Potong butter kecil kecil bentuk kiub.Ayak tepung dengan garam.Ramas butter bersama tepung hingga jadi serbuk roti,Masukkan sedikit air dan uli hinga jadi doh yang sebati.Balut dengan cling wrap dan masukkan dalam peti ais sementara nak buat intinya:)
Cara nak buat inti:)
Potong kiub bawang besar,Cili masak potong kecil.Bawang putih di cincang halus.Panaskan sedikit minyak.Tumiskan bahan bahan yang di atas sampai naik bau.Masukkan sardin(tos dulu kuahnya ya).Kacau sampai sardin hancur.Masukkan perahan limau ,garam serta gula.Masak hingga kering kuahnya agar senang nak masukkan dalam kulitnya nnt dan senang untuk rollnya.
canai kan doh tadi jadi bentuk empat segi .Isikan inti dan gulung kemas kemas,Letak atas dulang pembakar.Cucuk cucuk dgn garfu pada permukaannya kemudian sapu dgn kuning telur.Bakar hingga warna perang keemasan.Daa...selamat mencuba..memang berbaloi..anak suka,suami suka..isteri pun gembira bila melihat hidangan lenyap sekelip mata:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedapnya Sardine Rolls! Love nakkkkk :)
ReplyDeleteYup ! saya kena cuba resepi ini.
ReplyDeleteAnak2 mesti suka..
Salam kak manggis...
ReplyDeleteSedapnya sardine roll tu...kalu dapat pekena 2 bijik ngan kopi satu mug, kenyang....hehe
love...mmg sedap..sesuai dgn selera cm..ada pedas sikit sikit
ReplyDeleteLinda..cuba lah,anak anak pasti suka..eh cm singgah blog linda..masyallah..kepala anak Linda berdarah..harap harap cepat baik
ReplyDeletefzi..petang petang gini pekena dgn kopi mmg kaw :)
ReplyDelete