LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, February 14, 2010

Roti kerca Pandan

Cuaca sangat panas...hati senang sebab kain di jemuran kering garing hehe..ranggup.Dalam keadaan cuaca yang begini kita kena minum air yang sangat banyak...extra banyak.Tengahari tadi cm tak masak sebab kawan cm jemput makan kat rumahnya sempena majlis pertunangan anak sulungnya.Alhamdulillah tumpang seronok sb kawan cm nak dapat menantu....memang sungguh teruja dapat menantu pertama ni:) Ok ni resepi minum petang semalam.agak berat sampai skip dinner:).....bila melihat kawan kawan cyber masak roti jala hijau....rasa nak cuba juga tapi acuan roti jala dah pecah jadi cm buat roti kerca pandan jom kita lihat resepinya..... Bahan-bahannya: 1/2 kg tepung gandum 3 biji telur sedikit garam air pandan secukupnya sedikit pewarna hijau(jika mahu warna yang lebih hijau) Cara-caranya:)
  1. Blend tepung ,garam dan air daun pandan... guna blender biasa sampai adunan sebati.
  2. Panaskan kuali dan sapu dengan sedikit minyak
  3. Tuangkan sesenduk kecil adunan kedalam kuali dan lenggangkan kuali agar adunan tu jadi nipis seperti nak buat kuih dadar
  4. Bila dah masak gulung kemas kemas dan gunting seperti laksam
  5. Boleh dimakan dengan kuah kari atau sardin....kuah manis pun ok:)

No comments:

Post a Comment