LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, January 31, 2010

Kepenatan

Salam kawan kawan yang dikasihi.Cikmanggis dah rindu nak masak masak seperti biasa dan siarkan gambar sekali tp kamera pulak buat hal.Jadi cm nak "borak"je kali ni.Tajuknya tentu tentang majlis perkahwinan anak cm tempohari. Majlis ni merupakan yang pertama kali buat cm.Rupa-rupanya sangat memenatkan...penatnya tak boleh diluahkan dengan perkataan.Persiapan agak singkat ,lebih kurang 5 bulan.Pada mulanya cm tak yakin dapat lakukan sendirian tapi alhamdulillah segalanya telah selesai.Anak dan menantu cm bekerja di uk jadi segalanya terpaksa dilakukan sendiri,dari mencari caterer hinggakan mak andam.Mereka hanya dapat cuti 2 minggu sahaja.Sepanjang 5 bulan ni cm terasa cam 'demam' dan" kebah" sb stress dan penat.Anak anak yang lain semuanya sibuk bekerja tapi minggu terakhir semuanya cuti untuk membantu cm.Terima kasih pada along dan angah.Tanpa pertolongan dan bantuan mereka rasanya "reput"lah tulang cm ni Perkara yang pelik tapi benar berlaku pada cm selepas majlis tersebut adalah fobia pada papan tanda majlis kahwin.Bila nampak je papan tu cm rasa nak muntah.Lucu tapi benar.alhamdulillah hari ni dah ok ,jika tak..hmm entah lah camana kenduri seterusnya Cm nak ucapkan ribuan terima kasih pada Liza dan keluarga kerana rumahnya dijadikan tempat persinggahan keluarga besan cm.Liza dan adiknya La menolong cm menghias rumah..gubah bunga dan lain lain lagi.Oh ya yang sangat penting ni..rebus 1,000 biji telur:) Terima kasih daun keladi..tahun depan jumpa lagi hihi.

10 comments:

  1. Salam Kanda...dah lama tak datang sini...harap belum terlambat nak ucapkan TAHNIAH atas penambahan ahli keluarga baru..seorang Menantu buat Kanda CM....Syukurlah majlis dah selesai dgn sempurna!
    Apa yg penting semoga Kanda cepat recover dari kepenatan dan FOBIA KAnda tu ya....dan Selamat Tahun Baru dan kembali mengodek periuk dan belanga....Miss you Sis!

    ReplyDelete
  2. Hi kakCM! Awww, kesian kat akak. U must be very tired after 5mths of hectic schedule kan. Take lots n lots of rest!

    ReplyDelete
  3. salam CM..alhamdulliah semuanya berakhir dengan selamat..oooo mereka berdua bekerja di uk..selalulah nanti cm ke sana hendak-hendak bila dah ada cucu...tahniah sekali lagi..memang ralat tak pergi..

    ReplyDelete
  4. Salam kak...
    Tahniah majlis kawin berlansung ngan selamat...
    Selamat berbahagia buat pengantin baru...
    Moga dirahmati Allah..aminn

    ReplyDelete
  5. salam cik manggis.
    tahniah menyambut menantu. :)

    ReplyDelete
  6. salam watie..terima kasih atas doa adinda tu:)..sekarang dah sihat insyallah dah masuk dapur dah ni:)

    ReplyDelete
  7. love..cm dah ok hari ni..penuh semangat dan energy:)

    ReplyDelete
  8. kak ina kl..masa kenduri hari tu dok intai intai kot kot ada kawan kawan cyber datang.Dah janji dgn datin el jika ada yg datang..datin jd juru iringnya hehe insyallah tahun depan anak kedua cm pulak..ina mesti datang ya

    ReplyDelete
  9. salam indah..terima kasih banyak banyak:)

    ReplyDelete