Wednesday, July 29, 2009
cheese cake duran-duran
Assalamualaikum dan selamat petang...sekarang ni masih lagi musim durian.Anak-anak tak suka makan durian tapi bila buat kek atau kuih muih berasaskan durian..dorang suka pulak.Jadi hari ni cikmanggis buat kek cheese durian...esotik ni...masa sedang bakar kek ni... baunya semerbak....buah yang tak boleh disorok:)
Bahan-bahannya:
500 gm cream cheese
80 gm gula halus
30 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
150 gm susu cair
4 biji putih telur
80 gm gula halus
A
20 gm gula halus
30 gm tepung kastad
150 gm fresh durian puree
Cara-caranya:
Panaskan oven 180 darjah celcius.masukkan air kdalam bekas tahan panas dan letak dibawah rak pembakar dalam oven.(water bath)tujuannya bila kita bakar kek nnt kek tidak kering.Lembab.
Satukan bahan-bahan A,guna kaedah double boil,kacau bahan-bahan sampai sebati jika terlalu pekat masukkan sedikit air.gaul hingga sebati dan ketepikan.
Pukul cream cheese dan gula sampai kembang.Masukkan tepung,pukul lagi lepas tu masukkan kuning telur dan susu.Pukul lagi sampai sebati dan ketepikan.
Dalam bekas yang berasingan pukul putih telur sampai kembang,masukkan 80 gm gula.Pukul lagi hingga stiff.ketepikan.
Gunakan senduk kayu untuk satukan ketiga-tiga adunan tadi.Kacau perlahan-lahan hingga semuanya sebati.Tuangkan adunan kedalam bekas spring form berukuran 20 dan 22 cm yang telah di sapu dgn butter.Bakar hingga masak atau bahagian atas berubah warna perang.....keluarkan dan tabur dengan sedikit gula icing.
P/S sila ke SINI untuk melihat resepi asalnya
kat kampung ni,
ReplyDeletedah takde jual durian..
mereka dah kopek buat tempoyak..
durian takde harga kat sini,
bila jadi tempoyak, bukan main mahal lagi~
cm..simpan sikit eh nanti kita pi amek..
ReplyDeletemanje..makcik tak beli tempoyak..buat setahun sekali,simpan dalam peti sejuk.
ReplyDeletedatin..ni testing ni..nnt kita buat lagi..
ReplyDeleteYuhu, ini sudah lebeh. Gerau sudah gelabah tengok ini kek duran - duran. Pernah beli kek durian kat secret resepi , tapi tak puas. Sebab lembik.
ReplyDeletegerau..kek ni tak lembik,tak keras..ngam..cuba lah buat...tp sebenarnya jika bubuh durian banyak lg sedap!burpp! sendawa bau durian hihi
ReplyDeletealamak ade ciskek duran la,akak mintak sepotong nak ghase ni jakun tul kan akak
ReplyDeleteCik Manggis... pestaim kite tau derian bleh wat ciskek... dasat la CikManggis nie... teringin plak kite nak rase..
ReplyDeletecm...
ReplyDeleteambik resepi boleh..hehe,
xhantar kat umah pon eh ptg td..
sedap kalau makan kek nie sambil
lipat kain..
kekekeke...
anak2 xsuka makan durian ke?
laaaa...
kan ke sedap buah durian tu..
i don't want your freeeedom... eh, salah, itu wham bukan duran² :)
ReplyDeletefuhyooooooooooo terer lahhh buat keju kek duran2..mmg superBBBBB
ReplyDeletechik mi..dah abis nnt kita buat lg..stok durian ada lg ni
ReplyDeleteijan..siannya..mengidam ke..kat secret recipe ada..buat la..senang btol..durian dan cis satu kombinasi yang baik..omputih kata durian rotten fish..kita kata cis rotten onion hihi
ReplyDeletec-idah..eh kan kita hantar td..salah rumah ke?hihi
ReplyDeletekucingorengemok..duran-duran?kita tak ingat la lagu dia...lagu david bowie tau :)p
ReplyDeleteel..sedap el!!burrpps
ReplyDelete