LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, February 21, 2014

Thai Son-In-Law Eggs / Khai Luk Khoei

Menu yang murah dan ringkas.Rasanya  masin ,manis,pedas  dan masam.Ratah  begitu saja pun sedap.Itulah gambaran yang  dapat saya  bayangkan..... saya peminat telur tegar hehe.. .masa saya kecik kecik dulu saya suka makan nasi berlaukkan   telur mata kerbau dengan budu atau kicap ,hiris cili api..Masyallah sedap sungguh makan nasi bertambah-tambah dan tak perlu lauk lain lagi :)

Resipi asal saya ambil dari dapur Tummy...mana lah Tummy ni lama betul tak dengar berita.Terima kasih banyak-banyak  dan minta maaf lah sebab makcik ubahsuai sikit resipinya .

Khai Luk khoei.

Resipi asal : Tummy

Bahan-bahannya:

6 biji telur-rebus hingga masak dan kupas kulinya.
3 ulas bawang merah-mayang halus.-jadikan bawang goreng.
3 ulas bawang putih-tumbuk halus.
3 tbsp gula melaka.
3 tabsp sos ikan.
5 tbsp air asam jawa.
1 tbsp kacang tumbuk.
1 biji cili masak .(jika suka pedas ganti denga 5-6 biji cili api)-cincang halus.
Sedikit tepung gandum.

Tabur.

Daun ketumbar .(tak letak sb tak ada)
Daun bawang.(ganti)


Cara-caranya:


  • Kupas telur dan golekkan ke atas tepung gandum ketika telur masih basah.Goreng telur sehingga perang (golden brown)-Telur dibelah dua dan susun dalam pinggan yang sesuai.
  • Satukan air asam jawa,sos ikan dan gula melaka.Kacau sehingga sebati.Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga perang.
  • Masukkan campuran air asam jawa  serta cili  dan kacau rata.
  • Masukkan kacang tanah dan gaul sebati .
  • Tuangkan ke atas telur tadi dan tabur dengan daun ketumbar ,daun bawang serta bawang goreng.

Thursday, February 20, 2014

Yam Cake / Orr Kueh.

Yam Cake / Orr Kueh.

Bahan-bahannya:

1 biji keladi -sederhana saiznya.
1/3 cawan udang kering.
8 ulas bawang merah.(1/2 untuk ditabur di atas kuih)
200 gm tepung beras.
3 biji cendawan kering-rendam sehingga kembang.
700ml air.
1/2 tsp serbuk lada sulah.
2 tbsp sos tiram.
2 tbsp kicap manis.
Sedikit garam.
1 ketul kiub pati ayam-optional.

Tabur

Daun sup.*
Daun bawang.*
Bawang goreng.
Cili masak*
Sedikit bijan-goreng tanpa minyak.

* Hiris halus.

Cara-caranya:


  • Keladi di kupas kulit dan dipotong kiub kecil-kecil.
  • Udang kering direndam dan ditumbuk kasar.
  • Cendawan di hiris nipis.
  • Bawang merah di hiris nipis dan ditabur dgn sedikit tepung gandum.Goreng untuk di jadikan bawang goreng.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis udang kering sehingga garing.Masukkan keladi dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan kiub ayam ,bawang goreng ,cendawan,sos tiram,kicap manis,lada sulah dan sedikit garam.
  • Kacau sehingga semuanya sebati.Keluarkan dari kuali.
  • Dengan menggunakan kuali yang sama masukkan 700ml air dan tepung gandum.Kacau  sehingga sebati dan pastikan tidak berketul.
  • Masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga naik wap.Jika terlalu keras tambahkan sedikit air panas.
  • Kemudian masukkan keladi dan gaul sehingga mesra.
  • Sapukan loyang dengan minyak lebihan goreng bawang tadi.Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudip.
  • Kukus sehingga masak lebih kurang 25-30 minit.
  • Biarkan kuih sejuk baru di potong.


Sedap dimakan bersama sos cili.Jangan terikat sangat dengan resipi.Selalunya saya ubah suai mengikut citarasa sendiri :)..Ada masanya saya tabur lobak asin,cili api potong  dan udang kering di atasnya  atau makan dengan sos cili Thai.

Daging Halia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Daging Halia.

Bahan-bahannya :

250 gm daging batang pinang-hiris nipis.
4 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 inci halia-tumbuk halus.
1 tsp lada sulah.
Sedikit kicap manis.
Sedikit sos tiram.
Sedikit minyak bijan.
Garam secukup rasa.
1 tbsp tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
2 inci halia-mayang halus.
Sedikit minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Satukan daging,sos tiram,kicap manis,minyak bijan,halia tumbuk,bawang putih,garam dan serbuk lada sulah.Perapkan selama 15-20  minit.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis halia yang dimayang tadi hingga wangi.
  • Kemudian masukkan daging yang telah diperap .
  • Masak sehingga daging empuk jika perlu tambahkan sedikit air.
  • Apabila daging telah lembut masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga kuahnya agak pekat.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih.

Wednesday, February 19, 2014

Sup Sayur Timun Tua

Sup Timun Tua.

Bahan-bahannya:

1 biji timun tua-belah 4 dan buang bijinya & potong kecil.
4 ulas bawang pitih-ketuk.
70 gm daging-potong kecil.
Sedikit sos tiram.
Sedikit lada sulah.
Sedikit minyak jagung.

Cara-caranya:


  • Panaskan sedikit minyak jagung.Tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan daging.Kacau rata.Tuang kan air secukupnya.Biarkan mendidih dan daging lembut.
  • Masukkan timun,sos tiram serta serbuk lada sulah.Biarkan mendidih sekejap.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Nasi Beras Perang.

Dalam keadaan cuaca panas sekarang ,makanan bersup menjadi pilihan kami sekeluarga.Sup sayur timun tua ini menjadi kegemaran dan saya akan menyediakan 2 atau tiga kali  seminggu.

Tuesday, February 18, 2014

Tauhu Lembut Kukus II

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tauhu Lembut Kukus II

Bahan-bahannya:

1 peket tauhu lembut.
5-6 ekor udang segar-kopek kulit dan potong kecil.
Sedikit jeruk radish-cincang kasar.
4 ulas bawang putih-cincang halus.
Sedikit sos tiram.
Sedikit kicap manis.
Sedikit kicap cair.
Sedikit lada sulah.
Sedikit minyak bijan.
1 tbsp tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
1/2 cawan air.
Sedikit minyak jagung untuk menumis.

Bahan-bahan untuk tabur.

Cili masak-potong bulat.
Daun bawang-potong kecil.


Cara-caranya:


  • Panaskan minyak .Tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan potongan udang dan jeruk radish.Kacau sehingga rata.
  • Kemudian baru masukkan 1/2 cawan air.
  • Masukkan sos tiram,kicap cair,minyak bijan  dan kicap manis.Adjust mengikut selera masing-masing.
  • Tuangkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih sekejap.Jika kuah terlalu pekat tambahkan dengan sedikit air panas.
  • Kukus tauhu selama 10 minit.Kerat 4 agar kuah dapat meresap ke celah-celahnya.
  • Siramkan kuah ke atas tauhu dan taburkan dengan hirisan cili serta daun bawang.
  • Makan ketika masih panas bersama nasi atau makan  begitu sahaja.

Sunday, February 16, 2014

Tauhu Lembut Kukus I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tauhu Lembut Kukus.

Bahan-bahannya:

4 keping tauhu lembut.(nak belah dua pun boleh)
4 tbsp udang kering-rendam sekejap-tos.
5 ulas bawang putih
3-4 biji cili api (jika tak suka pedas tak payah letak)
Sedikit serbuk lada sulah.
Sedikit sos tiram.
Sedikit kicap manis.
Garam dan gula secukup rasa.

Tabur.

Daun sup.
Cili masak.
Bawang goreng.

Cara-caranya:


  • Perap tauhu dengan sedikit garam,gula,serbuk lada sulah,kicap manis dan sos tiram 2-3 minit.
  • Kukus 4-5 minit.
  • Tumbuk bawang putih dan udang kering serta cili api.Taburkan ke atas tauhu dan kukus lagi sekejap.
  • Bila dah masak taburkan dengan daun bawang,bawang goreng dan potongan cili masak.
  • Sedap dimakan ketika masih panas.

Thursday, February 13, 2014

Kuih Angku Labu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih Angku Labu.
Resipi asal:Mel ,Mui Mui

Bahan-bahannya:

Kulit

200 gm tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
100 gm labu yang telah di kukus dan di lenyek halus.
1 tbsp gula.
100 ml santan pekat.

Inti.

150 gm kacang hijau tanpa kulit.(ada jual dikedai)
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.

Daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:

Inti.


  • Rendam kacang  selama 4 jam.Toskan.
  • Kukus sehingga empuk.
  • Kisar menggunakan food processor sehingga halus.
  • Panaskan 4 tbsp minyak dalam kuali nonstick.Masukkan kacang yang dikisar tadi serta gula.Masak dengan api perlahan sehingga dapat dibentukkan bulat bulat lebih kurang 13 gm setiap satu..

Kulit.


  • Satukan gula,minyak,labu dan santan pekat dalam bekas yang sesuai.Kacau rata.
  • Masukkan tepung dan uli sehingga sebati.
  • Bulat-bulatkan anggaran 25gm setiap satu..(acuan  angku Cm agak besar)
  • Balut inti dengan doh kulitnya.Bulat-bulatkan dengan kemas.
  • Masukkan ke dalam acuan kuih angku dan tekankan agar padat dan terhasil coraknya.
  • Ketukkan keluar ke atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  • Aturkan ke dalam pengukus dan kukus selama 3-5 minit dengan api yang kuat.
  • Keluarkan kuih angku dari pengukus dan sapukan dengan sedikit minyak.

Terima kasih Mel kerana berkongsi resipi yang sungguh menarik dan inilah resipi yang terbaik setakat ini yang Cm pernah cuba..Bahagian kulitnya sangat senang untuk dibentuk....ngam..ngam tidak lembik dan tidak keras.Insyallah Cm akan guna resipi ini lagi dan lagi dan lagi ...Cm suka rasa kulitnya..intinya.....suka semuanya :)

Cm rasa sangat seronok apabila dapat menyediakan kuih kegemaran suami ini.Dulu-dulu hanya mampu melihat dari jauh walaupun teringin sangat nak makan  ..nak beli  takut tidak halal.Alhamdulillah masa telah berubah.Resipi hanya di hujung jari.... tiada rahsia lagi.:)

Teringat cerita  seorang kenalan kami yang mengusahan rangkaian kedai makanan Cina muslim. Katanya  setelah memeluk islam beliau teringin sangat nak makan masakan Cina tapi  amat susah untuk dapatkan  yang halal sebab itu lah beliau melibatkan diri dalam bidang ini.Bermula dari sebuah kedai  dan sekarang ini sudah  ada  21 buah semuanya.

Wednesday, February 12, 2014

Sambal Tumis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sambal Tumis.

Bahan-bahannya:

15 tangkai cili kering-buang bijinya dan rebus sekejap.
8 biji cili masak.
3 ulas bawang putih.
15 ulas bawang merah.
1 labu bawang besar.
1 inci halia
Sedikit belacan.
Sedikit air asam jawa.
Gula Melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis-(1-3/4 cawan.)
Cara-caranya:


  • Kisar cili kering,cili masak,bawang putih,bawang merah,halia,belacan dan bawang besar sehingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga betul-betul masak.Kemudian masukkan air asam jawa,garam dan gula merah secukup rasa.
  • Masak sambal sehingga pekat.Sejukkan terlebih dahulu sebelum di masukkan kedalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian nanti.



Sambal tumis seperti ini sangat sesuai untuk dijadikan perencah ikan bakar,sambal ikan bilis,sambal udang,sotong , perencah nasi goreng & bihun goreng.Menyediakan pes sambal tumis ini tidaklah sukar cuma memerlukan kesabaran untuk mengadap kuali panas kerana ianya mengambil masa yang  agak lama.Api hendaklah kecil dan  perlu sentiasa mengacaunya agar sambal tidak hangus.

Jika kita dapati sambal nasi lemak yang di jual dikedai mempunyai warna merah menyala,hmm kena hati hati kerana sambalnya tidak cukup masak.Risiko kita akan mengalami sakit perut & cirit birit selepas memakannya adalah besar....

Apa saja  yang kita lakukan mestilah dengan penuh keikhlasan.Segalanya... semata-mata kerana Allah..semata-mata keranaNya...jika kita berniaga kita bertanggung jawab terhadap  pelanggan kita.Jika kita seorang ibu atau suri rumah ,tanggung jawab kita menyediakan makanan yang halal,selamat,penuh keberkatan untuk ahli keluarga yang kita sayangi.


Tuesday, February 11, 2014

Cendol Pulut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bahan-bahannya:

A
2 cawan tepung beras.
6 tbsp tepung ubi.
2 tsp air kapur.
10 helai daun pandan-hiris halus.
6 cawan air.

B
1 tin susu cair.
Sirap gula melaka.
Kacang merah-rebus(atau guna yg dalam tin)
Pulut secukupnya.
Kiub ais secukupnya.

C
1 bekas yang mengandungi air sejuk dan ketulan ais yang mencukupi.

Cara-caranya:)


  • Kisar daun pandan dengan 6 cawan air sehingga halus dan tapis.
  • Satukan tepung beras,tepung ubi ,air kapur dan air pandan.Kacau sehingga sebati dan tapis.
  • Tuangkan ke dalam periuk yang tidak melekat dan kacau diatas api yang sederhana sehingga pekat.
  • Kecilkan api dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan naik wap dan berkilat.
  • Sediakan satu bekas yang mengandungi air sejuk dan ketulan ais.
  • Masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang mengandungi ais.
  • Lakukan sehingga selesai dan simpan dalam peti sejuk.
  • Hidang bersama pulut,susu cair,kacang merah  dan sirap gula melaka.Masukan ketulan ais..enjoy !



Jika tak silap Cm la,dah hampir 3 minggu cuaca yang sungguh panas tanpa hujan seperti ini....Rumput di keliling rumah pun hampir kering dan pokok pokok yang ditanam didalam pasu perlu disiram beberapa kali setiap hari.Dalam kedaan cuaca yang kering tanpa hujan Denggi pulak bermaharajalela.Kawasan rumah Cm ni merupakan kawasan wabak denggi...scary jugak semoga jiran-jiran dapat menjaga kebersihan dalam dan luar rumah agar tiada tempat untuk nyamuk membiak.

Disini cuaca yang sungguh panas dan kering sementara di satu sudut dunia yang lain pulak mengalami keadaan cuaca yang sungguh sejuk dan salji yang tebal.Semuanya ini mengingatkan kita akan kekuasaan Allah Taala....jangan kita menjadi manusia yang rakus melakukan kerosakan di muka bumi ini.Penebangan pokok yang berleluasa serta pembakaran terbuka.Mengorek hasil bumi tanpa "belas" kasihan.Pencemaran udara dan air......menakutkan.marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar demi masa depan anak cucu kita.