LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, December 28, 2011

Kebun ...Anggur..Markisa....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pertamanya Cm minta banyak banyak maaf kerana tak sempat nak balas komen komen yang kawan kawan tinggalkan.Insyallah jika ada masa nanti Cm akan balas perlahan lahan.Macam macam hal dan badan pun tak berapa sihat...dah tua macam ini la.....Pagi tadi sempat intai intai keliling rumah .Pokok anggur yang Cm tanam dah mula mengeluarkan buah..tak sangka pulak....
Tak sangka pokok yang kami tanam ala kadarnya sudah berbuah.Sambil  ambik gambar tu sambil melayan perasaan...sedih sebab lambat atau cepat kami kena pindah dari rumah yang kami duduki ini....ini rumah kerajaan......rumah kami pun dah hampir siap tapi  tiada tanah untuk bercucuk tanam....kena tanam dalam pasu lah nampaknya....sayangnya pokok pokok yang telah kami tanam selama hampir 9 tahun ni.......terpaksa di tinggalkan kepada penghuni yang seterusnya....
Pokok Markisa dah mula berbuah....
Pokok orkid dan pokok origano yang sungguh subur.
Selamat tahun baru semua ...semoga tahun yang penuh keberkatan...tahun yang penuh kemakmuran.....Selamat datang 2012 dan Sayonara  2011 yang penuh dengan seribu  kenangan...

Tuesday, December 20, 2011

Kek Durian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Sekarang ini musim durian.Semasa balik Pahang  minggu lepas Cm beli 2 longgok durian(10 biji) dengan harga  Rm 15 sahaja.Cm kopek  ambil isinya dan simpan dalam freezer....boleh buat macam macam  projek dengan isi durian tu:)



Lihatlah betapa enaknya kek durian ni:) aikkk ada yang tutup hidung?hehe maaf lah ya Cm memang minat sangat dengan Raja Buah ni.....tak kira lah makan begitu saja atau dijadikan bahan untuk kek dan kuih muih....Rupa kek durian yang Cm buat ni tak cantik tapi rasanya mantap:)Sedap!!!Tak percaya? boleh cuba...Jom lihat resepinya....



Untuk kek Span.

5 biji telur.
160 gm gula halus.
15 gm ovalette.
125 gm tepung gandum.
1 tsp baking powder.
40 ml air.
75 gm melted butter.



Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali butter ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga gebu.Kemudian masukkan butter.Pukul lagi hingga kental.Tuang kedalam loyang  bulat  berukuran 9".Bakar hingga masak dan keluarkan serta merta dari loyang apabila kek telah masak.Sejukkan atas redai.


Puree Durian.

200 gm isi durian.
60 gm gula.
120 ml air.

3 tbsp gelatine.
6 tbsp air.

160 gm whipped cream.


Hiasan:

150 gm whipped cream.




Cara-caranya:
  • Masukkan durian,gula dan air kedalam periuk.Masak hingga hancur.
  • Panaskan gelatine dengan 6 tbsp air dengan cara double boiler hingga hancur.
  • Tuangkan ke dalam paste  durian.Kacau hingga rata.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Satu bahagian di kacau bersama dengan 160 gm Whipped Cream hingga sebati...untuk di sapu pada kek seperti gambar dibawah.
  • Sebahagian lagi di ketepikan untuk di curah ke atas kek yang telah siap nanti.
  •  Potong kek kepada 2 bahagian.Potong secara mendatar.
 Sapukan krim durian pada kek dan katup dengan kek yang sekeping lagi tadi.Simpan dalam peti sejuk sehingga krim keras.Keluarkan kek dan sapu dengan Whipped cream.Akhir sekali curahkan paste durian keatas kek.Simpan sekejap di dalam peti sejuk agar senang untuk di potong.


Lihatlah betapa sedapnya Topping durian tu:)...yum yum...


Komen:)..no komen hehe....terlampau sedap!
Rujukan..buku Penyediaan kek kreatif oleh  Alex Goh

Wednesday, December 14, 2011

Serimuka Durian


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Selamat pagi semua:).....Cm dah siap masak Kuih Serimuka Durian untuk minum petang nanti.Beberapa hari lepas Liza kasi 5 biji buah durian dari kampungnya.Isi durian yang sungguh cantik.Setelah di kopek isinya  Cm simpan dalam peti sejuk dan hari ini Cm guna untuk buat serimuka  durian yang enak sekali. Terima kasih pada Along Roz sebab Cm ambik resepi INI sebagai panduan dan "menderhaka"banyak ..ampun Along! !!hehe




Bahan-bahannya:).
Lapisan bawah.
1 cawan beras pulut-rendam2-3 jam.
1/2 cawan santan cair.
secubit garam.
2 tbsp sagu warna merah-rendam sekejap.
1 helai daun pandan.

Lapisan Atas :

2 biji telur.
 100 gm gula pasir.
40 gm tepung gandum.
175 ml santan pekat.
1/4 cawan isi durian.
Sedikit pewarna kuning.


 



Cara-caranya:
  • Satukan beras pulut,sagu ,santan,garam dan sehelai daun pandan kedalam loyang.
  • Kukus hingga pulut masak.Keluarkan daun pandan dan tekan-tekan pulut hingga padat.
  • Masukkan bahan-bahan lapisan atas kedalam blender dan kisar hingga sebati.
  • Tuangkan keatas pulut tadi dan kukus hingga masak.
  • Setelah masak buka penutup pengukus dan biarkan loyang dalam pengukus selama 10-15 minit  atau sehingga wap di permukaannya kering.
  • Apabila sejuk bolehlah di potong dan dihidangkan.


Komen:)...Apa saja  kuih yang berasaskan durian memang sedap "giler"...tetapi kepada kawan kawan yang anti durian maaf ya..tak dapat makcik nak menolongnya hehe:)

Tuesday, December 13, 2011

Kerabu Beehoon

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu menu yang sungguh sedap ala Nyonya ....ada rasa masam,pedas  dan bau  bunga kantan serta ,daun limau purut yang sungguh menyelerakan.Cm ambil  resepi dari buku masakan  Best Noodle Recipes  oleh Betty Saw.


Bahan-bahannya:)

280 gm udang segar.
140 gm sotong segar-potong bulat.
280 gm taugeh
280 gm bihun-celur dengan air panas dan toskan.
140 gm udang kering-cuci dan goreng tanpa minyak hingga garing.-tumbuk bersama belacan hingga lumat.
1 tbsp belacan-goreng tanpa minyak sekejap.-tumbuk dgn udang kering.
15 biji cili masak-kisar jadi paste dan masak hingga pekat.
12 biji bawang merah-hiris nipis.
3 batang serai-mayang halus
15 biji cili api-belah dua.
1 kuntum bunga kantan-mayang halus.
6 helai daun limau purut-mayang halus.
20 helai daun selasih
4 tbsp kcang tanah-panggang dan tumbuk kasar.
Garam dan gula secukup rasa.
sedikit kicap cair.
Sedikit sos ikan
4 biji limau kasturi-perah jusnya.
Cara-caranya:)


  • Perap udang dan sotong dengan garam dan sedikit lada putih.
  • Panaskan air dalam periuk celur bihun hingga kembang.Toskan airnya danketepikan.
  • Celur tauge sekejap.Toskan.
  • Celur udang dan sotong.Toskan.
  • Tumbuk udang kering dan belacan hingga hancur.
  • Satukan semua bahan-bahan seperti cili paste,cili api,bawang merah,udang kering yg ditumbuk bersama belacan tadi,taugeh,daun limau purut,bunga kantan,udang ,sotong dan gula serta garam.Perahkan jus limau,masukkan kicap cair dan sos ikan.Seimbangkan rasa masam,pedas dan manis.Tabur dengan kacang tumbuk.Siap untuk dihidangkan.
Komen:) Sedap.Bolehlah sekali sekala tukar selera....selamat mencuba ya...

Saturday, December 10, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Lama sungguh Cm simpan resepi kek Lapis Cheese Pesona ini.Tangguh dari se hari ke sehari akhirnya hari ini tertunailah hasrat dihati.Memang sedap sungguh.Suami Cm bagi 90 markah hehe.Katanya memang sesuai dengan seleranya:)....Membuatnya  sungguh ringkas dan hasilnya sedap......Sayangnya Cm kehabisan biskut Marie coklat jadi terpaksa guna biskut Marie biasa.Rasanya jika guna yang coklat lagi umpph!


KEK LAPIS CHEESE PESONA: Nor Ganu
                                                       Ryo

Bahan-bahannya:)

A

500gm cream cheese.
1/2 cawan gula halus.
20 ml susu segar.
50 gm butter-Cm tak letak.
B

2 bungkus biskut marie perisa coklat-Cm guna perisa yang biasa.
300 ml susu segar.


Cara-caranya:)


  • Pukul cheese dan gula hingga kembang.Masukkan susu sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga gebu.Ketepikan.
  • Didihkan susu .Celup biskut marie kedalam susu sekejap dan atur atas dulang yang dialas dengan baking paper atau plastik wrap.Kemudian sapukan cream cheese diatasnya
  • Kemudian celup biskut kedalam susu dan atur diatas lapisan cream cheese.Lakukan proses yang sama sehingga selaesai.
  • Lapisan akhir adalah lapisan yang di sapu dengan cheese.Taburkan serbuk biskut diatasnya seperti gambar diatas.Masukkan dalam peti sejuk selama 6 jam  sebelum di potong.

Komen: Sungguh sedap terutama pada penggemar kek Cheese yum yum:)..terima kasih pada Nor ganu dan Ryo kerana berkongsi resepi yang enak ini....cepat dimasak sedap dimakan eh tapi kena tunggu 6 jam ya ..tunggu kek keras:)

Friday, December 9, 2011

Ayam Sumbat.(Ayam Kodok)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah dan siap makan...mandi dan solat zohor...lega rasanya.Dapatlah mengadap komputer:).Pertamanya nak ucapkan terima kasih pada Ayin kerana Cm ambil resepi Ayam Kodok dari dapurnya.Memang nekad nak buat Ayam Kodok tu walau pun resepi tu "besar" kejadiannya.Bayangkan nak sumbat dan  penuhi sekor ayam...memang besar kejadiannya sedangkan kami hanya bertiga..takkan habis.Terima kasih Ayin dan Cm nak minta ribuan kemaafan kerana terpaksa tukar nama Ayam Kodok kepada Ayam Sumbat atas permintaan si Adik hehe...dan ubah suai sikit bahan-bahannya untuk sesuaikan dengan selera kami:)..terima kasih Ayin!!


Maaf la ya kerana tak dapat letak gambar penuh ayam Sumbat ni kerana semasa proses memindah ayam dari pengukus ke dalam oven berlaku sedikit kemalangan kecil sehingga sebelah ayam tu terburai jatuh:(..Jom kita lihat resepinya:)

A


1 ekor ayam-Cm guna ayam yang agak kecil saiznya.
500 gm daging ayam kisar-Cm guna 400 gm.
500 gm daging kisar-Cm guna 400 gm.
5keping roti putih -Cm guna 6 keping roti gardenia.Rendam dalam air hingga lembut-toskan airnya.
3 biji telur
1/2 tsp serbuk buah pala-Tak letak.
Garam dan gula secukup rasa.
1 tbsp serbuk cili.
4 biji telur rebus.
2 kiub ayam maggi


B

Bahan-bahan Sapu:
(satukan)

1 tbsp butter.
5 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 tbsp madu.
1 tbsp serbuk cili.
2 tbsp gula perang.
1 kiub ayam maggi.
1/2 tsp serbuk buah pala.
garam secukup rasa.
1/2 biji lemon-ambil jusnya.


Cara-caranya:)

  • Rebus telur dan kupas kulitnya.
  • Asingkan kulit ayam dari isinya.Boleh lihat DISINI .
  • Satukan bahan-bahan A kecuali telur rebus.
  • Isikan kedalam kulit ayam hingga penuh.Masukkan telur rebus kedalamnya.
  • Jahit dengan benang agar  tertutup di bahagian leher dan bawah ayam atau jika ada bahagian yang koyak..Jahit kemas-kemas.Kemudian cucuk dengan pencungkil gigi di keliling ayam.
  • Alas ayam dengan mangkuk tahan panas dan kukus selama 45 minit-1 jam.
  • Keluarkan ayam dan letakkan diatas rak yang  dialas dengan dulang pembakar.Sapu ayam dengan bahan-bahan B hingga rata.(Curahkan air ayam dari mangkuk  kedalam dulang pembakar)
  • Panggang ayam hingga perang.


Inilah air   ayam yang keluar semasa proses membakar ayam di jalankan.Kacau rata dan boleh di jadikan Sos yang enak sekali.Cm masak sos  cili untuk nasi ayam biasa di gandingkan dengan sos ayam diatas..sungguh sedap......sedap betul....

Kami makan bersama nasi ayam,sos ayam,sos cili,sup ayam( Ambil bahagian tulang seperti kaki,leher dll jadikan sup),salad, hirisan tomato dan timun.



Komen:..hingga tak terkata-kata..lihatlah pinggan ni sebagai bukti...selamat mencuba ya...

Wednesday, December 7, 2011

Chocolate Banana Muffins


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Muffin Chocolate ini memang menjadi kegemaran si adik.Apa saja yang berkaitan dengan coklat memang menjadi kesukaan kanak-kanak.Coklat chips,badam dan pisang satu gabungan yang cukup mantap:)Sedap sekali.



Chocolate Banana Muffins: Knor secubit Garam.
                                             Rima
Bahan-bahannya:)


1 3/4 cawan tepung serbaguna.
1/4 cawan serbuk koko.
1 cawan gula -Cm guna soft brown sugar.
1 tsp baking powder.
1 tsp baking soda.
1/4 tsp garam halus.
2 biji telur grade A
1/2 cawan butter-melted.
400-450 gm pisang masak.-lenyek dengan garfu.
Sedikit esen vanila.
Cara-caranya:)


  • Panaskan oven 180 darjah celcius.Sediakan cawan kertas untuk muffins atau cup cake.
  • Ayak tepung gandum,garam,serbuk koko,baking soda dan baking powder.Ketepikan.
  • Satukan gula perang,melted butter,esen vanila,pisang lenyek   dan telur.Gaul hingga sebati.Tuangkan kedalam tepung yang telah diayak tadi.Kacau dengan menggunakan spatula plastik hingga sebati.
  • Isikan kedalam cawan kertas.Taburkan dengan coklat chips dan badam flakes.
  • Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Nota:Terima kasih pada Nor Ganu dan Rima .Muffin ni memang sedap sekali..insyallah boleh cuba lagi.




Roti Wholemeal

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Roti yang masih panas baru keluar dari oven.Baunya sungguh sedap .Terasa seolah olah berada di kedai roti:).Inilah roti untuk sarapan kami pagi besok.Semasa kat Penang Airport pada pagi Sabtu lepas  Heng Ching bekalkan untuk kami  satu buku besar Roti wholemeal (home made).Bila  di simpan didalam peti sejuk   roti itu tetap  lembut.Biasanya  roti home made yang Cm buat akan keras jika disimpan di dalam peti sejuk.......

 
Bahan-bahannya:)

2 cawan tepung roti.
2 cawan tepung wholemeal.
3 tbsp gula perang.
3 tsp yis segera.
1 biji telur+ air=1 cawan.
4 tbsp plain yogurt.
2 tbsp butter.
1/2 tsp garam.

Cara-caranya:)
  • Masukkan semua bahan-bahan diatas  kedalam mangkuk pengadun(Cm guna KA)
  • Uli  sehingga doh kenyal.Tutup mangkuk pengadun dan biarkan doh naik double saiz asalnya.
  • Keluarkan doh dan tumbuk buang anginnya.
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian  dan bulat-bulatkanya.
  • Aturkan ke dalam dulang (sapu sedikit butter pada dulang)biarkan doh naik 2 kali ganda dari saiz asalnya.
  • Bakar hingga masak.

Komen:Sedap,sungguh lembut dan sangat senang membuatnya.Terima kasih Cm ucapkan kepada Heng Ching tuan asal resepi Roti Wholemeal ini.Mengikut petua yang diberi ,yogurt menyebabkan Roti ini tetap lembut dan moist walaupun di simpan dalam peti sejuk.Selamat mencuba:)

Nota: Jika guna bread maker mengambil masa 3 1/2 jam .

Saturday, December 3, 2011

Flapjacks


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Apa khabar kawan-kawan semua?Cm baru balik dari rumah Maryam.Flight awal pagi  tadi.Semasa di Penang airport   adik  suami dan isterinya  datang hantar 3 tupperware flapjacks kesukaan si adik dan si ayah:)...Alhamdulillah semasa nak tunggu flight dapat lah kami makan sebagai kudapan.Sedap ... Golden syrup yang digunakan itu  di datangkan khas dari Uk...memang lain rasanya..

Kepada kawan-kawan yang ingin mencubanya ,Cm letakkan resepi yang ori dari chefnya:)..Thank you Heng Ching:)...


komen:Satu resepi  yang sihat dan sangat sesuai di makan dengan secawan teh tanpa gula...