LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, May 26, 2011

Bahulu Gulung Pulut Hitam.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Biasanya pulut hitam digunakan untuk membuat kuih koci tapi kali ini Cm cuba guna  tepung pulut hitam untuk buat bahulu.Mulanya tawakkal saja..jadi jadilah..kalau tak jadi memang tak ada rezeki..Tapi..Alhamdulillah jadi juga akhirnya...rasanya agak unik  . Lembut ..Senang untuk kita menggulungnya dan tidak mudah  pecah atau merekah.Terima kasih pada Ayin kerana berkongsi resepi ini dengan kita.Semoga Ayin akan kembali aktif menghasilkan resepi resepi yang menarik...
Bahan-bahannya:
120 gm kuning telur.
60 gm gula halus.
1/2 tsp vanilla essence.
180 gm putih telur
80 gm tepung pulut hitam.
90 gm gula halus
1/2 tsp garam.
35 gm tepung gandum.
2 tbsp minyak jagung.
105 gm santan kara.
Cara-caranya:
  • Satukan kuning telur,santan,60gm gula halus,vanilla,garam,tepung gandum dan minyak masak.Kacau hingga sebati.Ketepikan.

  • Pukul putih telur dan 90gm gula halus hingga kental.
  • Kemudian masukkan adunan pulut hitam kedalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan-lahan hingga sebati.Lakukan sehingga habis.Jangan masukkan sekali gus kerana ini akan menyebabkan bahulu akan jadi mendap.

  • Sapukan dulang dengan sedikit minyak dan alas dengan kertas,Tuangkan adunan dan bakar hingga masak.
  •  Cairkan sedikit jem(apa-apa perasa) dan sapukan pada permukaan bahulu.
  • Gulung kemas-kemas.

Wednesday, May 25, 2011

Sambal Tempoyak Buah Kuini,Tenggiri Goreng dan Sayur Lemak Petola

assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Apa salahnya sekali sekala kita layan selera sendiri kan?selalunya bila memikirkan menu untuk masak makan tengahari Cm dahulukan selera anak dan suami tapi hari ini Cm nak hadiahkan Menu ni untuk diri sendiri:).Sejak pagi lagi kerja mengemas dan mendobi pakaian hingga berpeluh-peluh dan perut pun terasa tersangat lapar ...jadi  Cm masak makanan kegemaran Cm....kebetulan anak(suka kuah je)  dan suami suka sayur petola dan ikan tenggiri goreng minus sambal tempoyak tu:)....

Nak buat sambal tempoyak ni sungguh senang..

Cili api jika suka pedas bubuh le lebih ya.
Garam secukup rasa.
Tempoyak secukupnya.
1 biji buah kuini yang masak.
Ikan bilis secukupnya
Cara-caranya:
Tumbuk cili api dan garam.Kemudian masukkan tempoyak.Gaul hingga rata.Kemudian buah kuini di kupas kulitnya danracik halus-halus.Masukkan kedalam sambal tempoyak dan gaul hingga sebati.Last sekali goreng ikan bilis garing-garing letak disebelahnya.Bila nak makan colek je ikan bilis dgn tempoyak dan makan dengan nasi panas..Cm jamin boleh pengsan ni hehe.

Jika tak ada kuah kan tercekik pulak jadi untuk partner lauk kat atas ni adalah masak lemak Petola dengan udang,suun serta fucuk.Mesti makan tak hinggat dunia punya....

Akhir sekali adalah ikan Tenggiri Goreng.Ikan diperap dengan serbuk kari ,garam dan kunyit.Taburkan sedikit tepung dan goreng hingga garing.Kemudian goreng daun kari dan tabur keatas ikan goreng,Siap:)..selamat makan tengahari ya.

Tuesday, May 24, 2011

Spiral Kaya Puff


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua?Pastinya ramai yang dah siapkan kuih untuk minum petang ,jika tak sempat buat boleh beli je kat warung kuih yang berhampiran dengan rumah masing-masing kan...Tapi seperti biasa lah jika Cm tak masak kuih sendiri terpaksa lah makan kuih yang frozen je ..Maklumlah rumah Cm ni agak jauh dari kedai atau warung...warung tiada langsung kat sini.....



Semalam Cm singgah ke dapur Kristy ,terliur sangat nak makan Kaya puff yang dia buat,nampak sungguh menarik sekali.Kebetulan suami dan anak lelaki Cm amat suka Kaya puff...jadi hari ini Cm mencuba resepi dari dapur My Little space ini.Alhamdulillah walaupun rupanya agak kurang cantik tapi rasanya sangat sedap.Sungguh ranggup dan bau kayanya semerbak dipelusuk rumah :)..mesti  baunya sampai ke rumah Jiran sebelah ni :)..Terima kasih Kristy kerana sudi berkongsi resepi yang menarik seperti ini:)

 
Bahan-bahannya:

A

230 gm tepung gandum
1 biji telur saiz kecil.
100 gm air.(Cm masukkan 80 gm air)
1 tbsp susu tepung.
1 tbsp marjerin.
1 tsp garam.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas dan uli hingga jadi  doh yang lembut.Bentukkan bulat-bulat dan ketepikan.

B

230 gm tepung gandum.
100 gm minyak jagung.
cara-caranya:
Satukan bahan-bahan diatas dan uli hingga sebati.Bentukkan bulat-bulat agak-agak besar sedikit dari  bola pingpong(maaf lah Cm lupa nak timbang jadi main agak-agak je ta)

Masukkan B kedalam A dan balut kemas-kemas seperti gambar diatas.

Kemudian gelekkan .
Gulung
Potong
Pandangan dari atas.
gelekkan seperti ini.
letakkan inti kaya.
Klim seperti karipap biasa.Sapukan dengan telur dan bakar hingga perang. selamat mencuba dan selamat menjamu selera:)

Monday, May 23, 2011

Kebun Mini


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Dah agak lama pokok-pokok di keliling rumah Cm ni tak terjaga.Ada yang telah mati sebab tak bersiram .ada juga yang mati kerana diserang oleh siput,ulat dan belalang.Petang tadi Cm dan suami turun "padang" mengemas keliling rumah...

Pokok Misai Kucing

Kawan baik Cm.. Puan Neo  beri benih pokok ni pada Cm  dan dia tak tahu nama dalam bahasa Malaysia.Orang Cina panggil Pokok.Nan fei cao....katanya baik untuk ubat darah tinggi..ada sesiapa yang tahu nama pokok ni dalam Bm?Rasanya sangat pahit .

Jasmine atau pokok Bunga Melor.


Pokok Puding

Pokok Bunga Raya
Pokok Anggur
Dah tak tahu apa yang ada dalam "semak" ni..pokok kucai,pokok kadok,pokok cili,pandan....

Pokok kacang botor dah naik sampai ke bumbung tapi tak berbuah.


Sawi baru ditanam
Sepohon sawi yang terselamat dari  serangan siput.
Hampir terlupa nak tunjukkan hasil karot yang cm tanam dulu..pokoknya begitu subur tapi hasilnya..hehe seperti kunyit je..
Deretan pokok puding di belakang rumah Cm. ..ini bukan kebun kita ya:)

Rendang Cili api Ayam Kampung


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Minggu lepas suami  Cm bawa balik 2 ekor ayam kampung(organik) yang dibeli dari  Mr.Tan pengedar ayam organik yang beliau temui di rumah sahabat kami di Bukit bandaraya.Harga untuk 2 ekor ayam ni adalah 1 Dirham bersamaan dengan rm 30 .Jangan tanya kenapa suami Cm beli dengan Dirham ya...nanti Cm akan ceritakan kemudian dalam n3 lain :)(bukan nak lari hehe)
Saiz ayam kampung ni kecil saja jadi Cm masak se ekor untuk makan tengahari kami empat beranak.(Along Cuti..selalunya kami bertiga je).Sepatutnya Rendang Cili Api mesti pedas tapi Cm masak agak-agak pedas je sebab semua kat rumah ni tak dapat makan pedas.Jadi kurang lah "kick'nya.....

Bahan-bahannya:
1 ekor Ayam kampung.
2 cawan santan kelapa.
1 inci halia-kisar
1 inci kunyit hidup.-kisar
1 inci lengkuas.-kisar
10 ulas bawang merah.-kisar
2 ulas bawang putih.-kisar
1 biji buah keras-kisar.
6 biji cili api.-kisar
2 tbsp kerisik.
1 helai daun kunyit.
1 keping asam gelugur.
2 batang serai.-kisar
Cara-caranya:

  • Masukkan bahan-bahan kisar dan ayam kedalam periuk dan masak hingga airnya agak agak  nak kering
  • Masukkan santan,kerisik,garam ,gula,daun kunyit dan asam keping.
  • Masak dengan api yang sederhana hingga kuahnya pekat.Rasalah  garam dan gula.Seimbangkan mengikut selera masing-masing.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas:)..selamat menjamu selera....

Sunday, May 22, 2011

Biryani Kambing.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pertama-tamanya Cm nak sedekahkan Al fatihah buat anak anak yatim yang telah terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat Selangor petang semalam..Semoga roh mereka ditempatkan di Syurga....tiada perkataan yang dapat Cm tuliskan disini..terlalu sedih dan pilu membaca berita di akhbar pagi ini....Semuanya kepunyaan Allah dan mereka  telah kembali ke pangkuan  Penciptanya...Al fatihah......
Semalam Cm ada tulis bab teringin nak makan daging kambing..maklumlah kami memang jarang makan daging kambing atas faktor kesihatan .Kami suami isteri ada masalah kolestrol berlebihan tetapi kerana "terliur" sangat jadi Cm masak Biryani Kambing untuk lunch kami tadi

.Suami Cm kasi 80 markah hehe(berani bagi markah rendah kihkih..suami Cm cakap kena bagi markah lebih takut chef boikot jika dapat markah sikit)..memang sedap:).jika kita masak sendiri paling tidak pun kita dapat kurangkan bahan-bahan yang agak "bahaya"untuk kesihatan.Umpamanya Cm tidak letak minyak sapi atau minyak yang berlebihan.

Bahan-bahannya:

1 kg daging kambing yang ada tulang.
1 cawan bawang goreng.
1 cawan yogurt.
1 cawan susu cair
3 sudu besar madu
Garam secukup rasa.
2 tbsp tomato puri
3 tbsp tomato sos
3 tbsp cili sos
1 1/2 tbsp rempah biryani adabi
4 biji cili hijau-tumbuk kasar
2 biji buah tomato-dadu
2 pokok daun ketumbar.-potong kecik.
segenggam daun pudina.-potong kecik
1" kulit kayu manis,

2 kuntum bunga lawang
2 kuntum buah pelaga.
1/2 tbsp serbuk cili
1/2 tbsp serbuk kunyit.
2 tbsp gula
2 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang putih-tumbuk
2 labu bawang besar-dadu
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp serbuk jintan manis.
  • Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk dan perap sekejap
  • Kemudian masak atas api yang perlahan hingga mendidih.
  • Jika daging kambing agak keras tambah kan sedikit air dan masak hingga daging kambing empuk dan kuahnya agak pekat.
  • Kecikkan api .Biarkan mendidih perlahan-lahan sementara siapkan bahan-bahan untuk nasi.
  • Jangan lupa rendam beras basmathi  ( Cm masak 3 cawan )selama lebih kurang30-45 minit dan toskan.
    • Panaskan air (agak-agak) dalam periuk dan masukkan garam dan minyak jagung lebih kurang  4 tbsp.Rasakan garamnya mengikut selera masing masing.
      • Bila air mendidih baru tuangkan beras kedalam periuk dan biarkan beras masak agak-agak 3/4 masak.
        • Toskan airnya dan masukkan beras rebus tadi kedalam kain muslin.Letakkan daun pudina dan daun ketumbar.Ikat kemas-kemas.
           
          •    Masukkan bungkusan beras kedalam periuk  daging kambing tadi ,tutup periuk dan masak nasi dengan api yang perlahan hingga masak.
          • Apabila nasi telah masak sendukkan 4-5 sudu kuah kambing kedalam nasi dan gaulkan agar  nampak lebih berseri:) warnanya dan ada perasa kambing!


          Selamat makan tengahari semua dan selamat mencuba resepi Biryani kambing yang sungguh enak ini hehe(puji)

          Saturday, May 21, 2011

          Soft Honey Bun

          Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


          Bila badan kurang sihat selera pun meragam je.Makan tu tak sedap.Makan ni tak mahu.Bila masuk dapur Tummy teringin nak makan daging kambing ni...Bila singgah dapur P3chandan tekak terasa nak makan kari pulak..hai memang mengada-ngada betul orang tua ni kan :)(tahu tak apa)..last sekali Cm masak roti cicah dengan kopi O panas.Alhamdulillah.
          Cm nampak resepi  Soft Honey Bun ni kat dapur Ijan yang tinggal nun jauh kat negeri omputih..Finland.Resepi asalnya dari dapur Ros Jintan Manis pakar membuat roti yang femes tu:)..hasilnya Alhamdulillah.Anak-anak kata sangat sedap dan sungguh lembut.Resepi ini pastinya akan Cm buat lagi dan lagi:)

          Bahan-bahannya:

          250 gm tepung roti
          1 1/2 sudu teh yis segera.
          1/2 sudu teh garam.
          2 sudu besar water roux
          150 ml susu segar.
          1 sudu besar susu tepung.
          2 sudu besar butter/shortening
          2 sudu besar madu

          Water Roux:
          25 gram tepung
          125 ml air
          Bancuh tepung dan air didalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan  hingga pekat.Sejukkan dulu baru digunakan.

          Cara-caranya:

          • Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam Mesin roti dan biarlah diuli hingga siap.
          • Keluarkan dari mesin dan uli dengan tangan selama 5 minit.Kemudian bahagikan adunan kepada 14 bahagian.Bulat-bulatkan.
          • Aturkan kedalam dulang pembakar yang disapukan dengan sedikit butter.Jarak-jarakkan sedikit agar roti ada ruang untuk mengembang.
          • Biarkan doh naik dua kali ganda atau lebih kurang 30-45 minit.
          • Panaskan oven 170-180 darjah celcius dan bakar roti hingga perang lebih kurang 20-25 minit.
          • Keluarkan roti dari oven dan glis dengan sedikit butter.
          • Sejukkan roti diatas rak besi.Kemudian simpan dalam bekas yang tertutup untuk mengekalkan kelembutanya.(Pstt..tak sempat nak simpan pun)