LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, June 20, 2009

Rice Balls

Pagi-pagi dok fikir nak masak apa untuk sarapan.Ingat nak goreng nasi tapi jika hari-hari makan nasi goreng je..jemu la pulak!Semalam masa masuk blog resepi Diana ambil resepi cakoi ternampak gambar nasi kepal ,namanya agak panjang..BITTER BALLEN NASI.....susah cm nak ingat jadi cm tukar pada nama nasi kepal ..... bila tengok gambar comel sangat..boleh try ni. Sebelum keluar jogging dengan suami cm masak nasi dalam rice cooker..bila balik dapat buat rice balls...Bahan-bahan pun tak banyak..butter,sayur campur,chicken cube dan cheese... Sambil jogging(sebenarnya jalan laju-laju je,orang veteran cam kami berdua ni mana larat nak berlari.)sambil borak-borak,dari hal anak-anak sampai ke hal politik malaysia dan dunia.Mulut cm pok pet pok pet,suami angguk je,sekali sekala menyampuk.Memang ditakdirkan kami ni sorang mulut banyak dan sorang lagi pendiam.Mak cm selalu cakap,bagus la..orang lelaki tak elok mulut banyak hehe..bayangkan jika dua dua banyak mulut!kihkih Dua orang anak cm ke Jb semalam kerana menghadiri majlis perkahwinan kawan baiknya .Mereka sama-sama belajar kat Mrsm Jasin,satu bilik dari form 4 hingga form 5.(anak no 2 cm)Atiqa pun sekolah mrsm jasin jugak,temankan angah.dorang ambil flight mas kat klia ke Senai semalam...sunyi bila kurang 2 orang...bila cm bercakap suami cm angguk-angguk..tak tau sama ada setuju atau ambil hati je hihi...katanya menjaga anak ni adalah menjaga amanah Allah Taala ,...kena ikhlas....sambil memetik satu doa..... Inna salati wa nusuki wa mahyaya wa mamati liLlahi rabbil alamin. ( Salatku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah Taala=doa Nabi Ibrahim a.s). Hidup membesarkan anak juga satu ibadah besar. ... anak-anak pula disuruh mentaati dan berbakti kepada ibubapa sebelum boleh berjihad diluar...... Akhirnya kami sampai kerumah setelah berjalan sejauh 2 km.Tak terasa penat sebab seronok berborak ,badan pun dah berpeluh-peluh insyallah jika cuaca baik petang nanti kami akan berjalan lagi...berjalan laju..... Rice Balls Bahan-bahannya:) 300 gm nasi putih 2 tbsp tepung gandum 150 ml air 1/2 kiub ayam 3/4 tsp garam 2 ulas bawang putih-ketuk 1/2 tsp lada sulah 4 tbsp sayur campur 1 tangkai daun bawang 3 keping keju slice sedikit butter untuk menumis minyak secukupnya untuk menggoreng Bahan-bahan salut:) 1 biji telur tepung serbaguna secukupnya Cara-caranya:) Tumiskan bawang putih sampai naik bau masukkan 2 sudu tepung gandum,kacau sampai berketul-ketul baru masukkan air.Kacau rata masukkan sayur campur,lada sulah,garam dan kiub ayam. Akhir sekali masukkan keju,carik-carikkan gaul rata.Tuangkan nasi putih dan kacau sampai sebati.Masukkan daun bawang.Kacau lagi Kepal-kepalkan nasi bebentuk bebola kecik(guna sarung tangan lebih mudah,tak melekat)dan celup dalam telur dan golekkan atas tepung serbaguna..cm guna tepung serbaguna adabi.Kemudian goreng sampai keemasan. Resepi asalnya ada DISINI..terima kasih pada tuan asal resepi ni dan minta maaf banyak-banyak kerana cikmanggis mengubah sedikit pada bahan-bahannya ..nak sesuaikan dengan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk dan tukar namnya jadi rice balls :)

2 comments:

  1. breakfast yang comel dan mengenyangkan..
    ;)

    ReplyDelete
  2. manje..anak lelaki yang kecik ni makan 6 bijik hihi..cicah sos tomato!sampai tengahari tak mo makan nasi, petang minta milo dan pankek Flapjacks!

    ReplyDelete